The Classic | ||||
---|---|---|---|---|
Fail:Shinhwa-The Classic.jpg | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 16 Mei 2013 | |||
Genre | K-pop, electropop, dance | |||
Panjang | 37:55 | |||
Bahasa | Korean | |||
Syarikat | CJ E&M Music Sony Music Taiwan | |||
Penerbit | Shinhwa Company | |||
Kronologi Shinhwa | ||||
| ||||
Single daripada The Classic | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
The Classic adalah album studio kesebelas dari kumpulan penyanyi Korea Selatan, Shinhwa, di hari ulang tahun ke-15 mereka. Ia telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 oleh Shinhwa Company dan diedarkan oleh CJ E&M Music.[1][2] Mereka menjalankan konsert jelajah Asia, 2013 Shinhwa Grand Tour: The Classic untuk mempromosikan album, dengan persembahan pertama di Hong Kong pada 8 Jun 2013.[3][4]
Ia pertama kali dilancarkan sebagai edisi terhad dan diikuti oleh edisi terimakasih pada 21 Mei. Menurut Carta Gaon, sehingga akhir Disember 2013, album ini berjaya mengumpul jualan sebanyak 78, 727 unit, dari kedua-dua edisi.
Album ini mempunyai 10 lagu yang dihasilkan oleh penerbit dan penulis lirik, Ahn Young-min, Kim Do-hyun, Andrew Choi, Neighbourhood Brother dan Brian Kim; serta anggota Shinhwa sendiri Lee Min-woo. Lagu utama untuk album ini berjudul "This Love", diberi oleh Lee McCutcheon, James Flannigan dan penerbit dari UK, Andrew Jackson, yang juga pernah bekerjasama dengan Shinhwa dalam lagu "Venus" dari album The Return pada 2012.[5][6][7] Ia merupakan lagu elektronik gaya British, yang berkongsi ciri-ciri yang sama seperti "Venus" namun dengan bass yang lebih banyak, bunyi elektronik dan perubahan mood yang ketara menjadi lebih ringan di akhir lagu. Shin Hye-sung mendedahkan bahawa mereka mempunyai empat lagu yang mempunyai potensi sebagai lagu utama dan lagu "This Love" dipilih selepas kakitangan mereka mengundi dengan keputusan 3-40. Kerana ia dilihat sebagai kesinambungan dari lagu "Venus" dengan gaya elektropop yang sama, namun masih berbeza.[8]
Lagu "That's Right" digubah oleh Kim Do-hyun, yang sebelum ini menggubah lagu hit "10 Minutes" untuk Lee Hyori dari album Stylish (2003). Kerjasama lain dengan komposer-komposer asing adalah lagu "Hurricane" oleh Samuel Waelmo, Robert Vadadi dan Kim Young-hu. Lirik untuk lagu-lagu "That's Right", "New Me", "Hurricane" dan "I Gave You" sebagai lagu perkahwinan Shinhwa, ditulis oleh Min-woo.[9][10]
Video muzik untuk "This Love", telah dirakam selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Mei. Ia menampilkan pelakon wanita Jepun Fujii Mina, dan diarahkan oleh Cho Soo-hyun, yang juga pernah mengarahkan video muzik untuk Psy (lagu "Gangnam Style" dan "Gentleman"); dan juga video muzik untuk lagu Shinhwa "Once in a Lifetime" dari album State of the Art pada 2006. Koreografi untuk lagu ini melibatkan taian vogue, yang pernah dipopularkan oleh Madonna dalam video muziknya berjudul "Vogue". Gaya tarian ini memberi tumpuan dengan mengekspresikan irama muzik sambil bergaya seperti model, yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan penyanyi atau kumpulan idol Korea sebelum ini. Mereka mahukan pakaian dan tarian yang digunakan dapat menyampaikan suasana dan perasaan seperti dari majalah fesyen atau pentas peragaan, diiringi dengan rasa sofistikated dan sensual seorang lelaki di dalam umur 30-an. Lee Min-woo menyatakan "Tarian ini amat susah untuk direka berbanding hasil akhirnya yang nampak mudah, namun ia mengandungi bahagian-bahagian individu yang membenarkan masing-masing untuk bersinar. Anda akan lihat tarian vogue yang dibuat semula untuk disesuaikan dengan Shinhwa". Eric kemudian menambah "Kami ambil kekuatan tarian vogue ini dan tukar ia dengan cara Shinhwa untuk disesuaikan dengan kami".
Pada 10 Mei 2013, satu klip pendek dari video muzik dilancarkan di laman Youtube rasmi Shinhwa dan diikuti oleh video penuh pada 16 Mei, menunjukkan pelbagai elemen voguing dan pergerakan yang terkawal seperti persembahan tangan, catwalk, dips dan pusingan.[11]
Album ini dilancarkan sebagai edisi terhad sebanyak 40,000 unit, dalam bekas tin berwarna hitam dengan buku gambar setebal 100 muka surat dan buku lirik, dengan gambar diambil oleh Zo Sun-hee.[12] Ia laris terjual pada 8 Mei 2013 pada hari pra-pesanan bermula, dengan server Synnara Music menjadi sesak lebih sejam kerana trafik web yang melebihi had. Untuk memenuhi permintaan, Shinhwa Company mengumumkan pelancaran edisi biasa terimakasih, dengan pra-pesanan bermula pada 10 Mei, yang dilancarkan pada 21 Mei. Edisi biasa ini lebih kecil dengan bekas kertas tertera logo rasmi Shinhwa dan juga mempunyai buku gambar setebal 10 muka surat oleh jurugambar.[13][14]
Pada 13 Mei, gambar individu Jun Jin dan Andy dilancarkan, bersama video belakang tabir semasa sesi mengambil gambar untuk kulit album oleh jurugambar Zo Sun-hee.[15] Ini diikuti oleh gambar Kim Dong-wan dan Shin Hye-sung pada 14 Mei dan video belakang tabir proses rakaman album, dengan gambar terakhir Eric dan Lee Min-woo pada hari berikutnya, serta satu lagi video belakang tabir proses rakaman video muzik "This Love".[16]
Pada hari pelancaran, "This Love" menduduki tangga pertama dalam carta muzik atas talian, ini termasuklah Mnet, Bugs, Naver Music, Daum Music, Olleh Music, Cyworld, dan Soribada; dan menduduki tangga kedua dalam carta Melon. Lagu-lagu lain dari album tersebut seperti "Scarface", "Acquainted Guy", "New Me" dan "Mannequin" juga menduduki carta dalam carta single.[17] "This Love" menduduki tangga pertama untuk 4 minggu berturut-turut dalam Carta Mingguan Soribada dari 13 Mei hingga 9 Jun.[18][19][20] Album edisi terhad debut di kedudukan ketiga dalam Carta Album Mingguan Gaon Top 100 untuk minggu 12 hingga 18 Mei 2013 dan edisi terimakasih menduduki tangga kedua pada minggu berikutnya. Ia juga menduduki tangga pertama dalam Carta Harian Tower Record di Jepun sebagai album import. Pada 21 Mei, edisi terimakasih menduduki tangga pertama dalam Carta Real-time Hanteo dan Carta Harian, juga tangga pertama untuk album import di Taiwan dalam Carta Five Music J-pop/K-pop untuk minggu 21 dan Chia Chia Record untuk minggu 14 hingga 20 Mei.[21]
Penampilan secara langsung pertama untuk mempromosikan album ini adalah dalam rancangan M! Countdown terbitan M.net pada 16 Mei, dimana mereka mempersembahkan lagu-lagu "That's Right" dan "This Love", bersama kumpulan 2PM yang mempromosikan album mereka berjudul Grown dan Seo In-young yang mempromosikan EP beliau berjudul Forever Young. Ini diikuti oleh persembahan lagu-lagu "Brand New" dari album mereka berjudul sama pada 2004 dan "This Love" dalam episod ke-700 rancangan muzik Music Bank terbitan Sistem Penyiaran Korea (KBS) pada 17 Mei. Penampilan promosi yang lain termasuklah dalam rancangan muzik Show Champion terbitan MBC Music dan Music Core (MBC); namun mereka tidak pernah membuat promosi di rancangan muzik Inkigayo terbitan Sistem Penyiaran Seoul (SBS).[22]
Setelah tiga minggu penampilan dalam rancangan-rancangan muzik, kumpulan ini dapat mengumpul lapan kemenangan tempat pertama untuk "This Love", termasuk Triple Crown, iaitu tempat pertama selama tiga minggu berturut-turut, dalam M! Countdown, yang pertama sejak "Brand New" pada tahun 2004. Ini juga mengatasi rekod sebelumnya dimana mereka mengumpul tujuh kemenagan tempat pertama yang dipegang lagu "Yo!" dari album kedua mereka T.O.P. pada 1999. Kemenangan lain termasuklah dua dari Show Champion dan Music Core dan satu dari Music Bank.[23]
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "That's Right" (그래; Geurae) | 3:58 | ||||||||
2. | "Acquainted Guy" (아는 남자; Aneun Namja) | 4:16 | ||||||||
3. | "This Love" | 3:40 | ||||||||
4. | "Scarface" | 3:19 | ||||||||
5. | "New Me" | 4:01 | ||||||||
6. | "Laughing..." (웃다가...; Utdaga...) | 3:54 | ||||||||
7. | "Mannequin" | 3:37 | ||||||||
8. | "Hurricane" | 3:55 | ||||||||
9. | "I Gave You" | 3:39 | ||||||||
10. | "Love Song" (사랑 노래; Sarang Norae) | 3:36 | ||||||||
Jumlah masa: 37:55 |
Negara | Tarikh | Syarikat edaran | Format |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 16 Mei 2013 | CJ E&M Music | Muat turun Digital Edisi terhad (CD) (CMCC-10098)[26] |
21 Mei 2013 | Edisi Terima kasih (CD) (CMCC-10085)[27] | ||
Taiwan | 28 Jun 2013 | Sony Music Taiwan | CD[28] |
Carta | Kedudukan tertinggi | Jualan |
---|---|---|
Album Mingguan Korea (Gaon)[29] | 2 |
|
Album Bulanan Korea (Gaon)[30] | 4 | |
Album Tahunan Korea (Gaon)[31] | 29 |
|deadurl=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan); More than one of |work=
dan |newspaper=
specified (bantuan)Lebih daripada satu |work=
dan |newspaper=
dinyatakan (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)