Young Syefura Othman | |
---|---|
![]() Young Syefura pada 2022 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bentong, Pahang | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Wong Tack |
Timbalan Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) | |
Menyandang jawatan 19 Mac 2022 | |
Ketua Kebangsaan | Kelvin Yii Lee Wuen |
Didahului oleh | Chiong Yoke Kong |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Ketari | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | Su Keong Siong |
Majoriti | 9,873 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sitiawan, Perak, Malaysia | 9 November 1989
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan |
|
Pekerjaan | Ahli politik, jururawat |
Laman web | youngsyefura.com |
Yang Berhormat Young Syefura binti Othman (lahir 9 November 1989), juga dikenali sebagai Rara ialah seorang ahli politik Malaysia.[1][2] Beliau ialah Ahli Parlimen Bentong, Pahang.[3][4][5] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Sebelum menceburi bidang politik, Young Syefura pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Selepas menamatkan kerjaya sebagai jururawat, beliau membuka sebuah klinik persendirian yang menumpukan perhatian kepada rawatan alternatif bekam dan akupunktur yang beroperasi di Puncak Alam.[3][1]
Beliau mula menceburi politik dengan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli seumur hidup,[5] pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita parti itu. Semasa pilihan raya umum ke-14, beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Ketari, Pahang.[3] Antara isu-isu yang diperjuangkannya dalam arena politik ialah isu gelandangan dan ibu tunggal.[5]
Rara memperoleh majoriti undi sebanyak 9,873 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lao Hoi Keong dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Roslan Md Esa.[2]
Beliau juga pernah bekerja dalam tempoh singkat bersama EXCO Selangor, kemudian menjadi ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPK).[1][bila?]
Young Syefura ialah anak keenam daripada tujuh beradik dan merupakan lulusan dalam bidang kejururawatan.[5] Bapanya ialah seorang kakitangan kerajaan manakala ibunya ialah suri rumah.[1]
Rara telah berkahwin sebanyak dua kali dan tidak mempunyai cahaya mata. Beliau berkahwin dengan pengurus pelaburan Mohd Masyhur Abdullah pada 24 September 2016,[6][7] dan bercerai pada 7 Mac 2019.[8][9] Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Edrin Nordin pada 10 April 2021 dan bercerai pada 25 Julai 2024.[10]
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N34 Ketari | Young Syefura Othman (DAP) | 9,873 | 51.17% | Lau Hoi Keong (MCA) | 6,163 | 31.94% | 19,296 | 3,710 | 83.80% | ||
Roslan Md Esa (PAS) | 3,260 | 16.89% |
Tahun | Kawasan | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P089 Bentong, Pahang | Young Syefura Othman (DAP) | 25,075 | 37.62% | Liow Tiong Lai (MCA) | 24,383 | 36.58% | 66,657 | 692 | 76.57% | ||
Roslan Hassan (BERSATU) | 16,233 | 24.35% | ||||||||||
Wong Tack (Bebas) | 798 | 1.20% | ||||||||||
Mohd Khalil Abdul Hamid (Bebas) | 168 | 0.25% |