Ah Yeah | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 13 April 2015 | |||
Dirakamkan pada | 2014-15 | |||
Tempat | Korea Selatan ![]() | |||
Genre | K-pop | |||
Panjang | 28:46 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat |
| |||
Pengedar | Sony Music ![]() | |||
Penerbit | Shinsadong Tiger | |||
Kronologi EXID | ||||
| ||||
Single daripada Ah Yeah | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ah Yeah (diolah sebagai AH YEAH) ialah album mini kedua oleh kumpulan wanita Korea Selatan, EXID. Ia dikeluarkan pada 13 April 2015 oleh Yedang Entertainment dan diedarkan oleh Sony Music. "Up & Down" dikeluarkan sebagai lagu utama manakala lagu "Up & Down" berperanan sebagai lagu susulan daripada album ini.
Pada 4 Mac 2015, seorang wakil dari syarikat rakaman EXID bercakap kepada Star News bahawa kumpulan ini sedang bekerja terhadap sebuah lagu baru yang dijadual dikeluarkan semasa minggu kedua bulan April. Walau bagaimanapun pada ketika itu, ia belum diputuskan sama ada lagu ini akan dikeluarkan sebagai lagu single atau bersama sebuah album mini.[1][2] Pada 3 April, kulit album dan senarai lagu telah dibocorkan dalam talian, menyebabkan Yedang untuk mengeluarkan mesej pada hari berikutnya dimana mereka menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang jika pembocoran ini merosakkan kejayaan kemunculan kembali kumpulan ini.[3]
Kumpulan ini mengadakan persembahan pertunjukan di Dataran Noon, Myeongdong pada 12 April dimana mereka mempersembahkan lagu "Ah Yeah" kepada orang awam buat kali pertama.[4][5]
Setakat bulan Oktober 2015, album ini telah terjual hampir 41,000 salinan di Korea Selatan dan 7,000 salinan di Jepun.[6][7]
"Up & Down" (Hangul: 위아래 ; RR: Wiarae) dikeluarkan lebih awal sebagai lagu single digital pada 27 Ogos 2014. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Shinsadong Tiger, Namking Nang dan LE.[8] Ia merupakan keluaran pertama kumpulan ini bersama Yedang Entertainment selepas menyertai syarikat ini pada bulan Jun 2014.[9]
Lagu ini menjadi tajuk utama kerana kejayaan lewat menaiki carta selepas kejayaan biasa-biasa pada awalnya. Lagu ini mula menduduki carta tiga bulan selepas ia dikeluarkan.[10] Kejayaan lewat lagu single ini dikaitkan kepada sebuah video peminat dimana Hani mempersembahkan lagu ini dimana ia menjadi viral di rangkaian media sosial Korea pada lewat bulan November.[11][12]
"Up & Down" membuat kemunculan pertama di tempat ke-94 dalam Carta Lagu Domestik Gaon sebelum terkeluar daripada carta pada minggu berikutnya. Walau bagaimanapun pada 16 November 2014, lagu ini memasuki Carta Lagu Keseluruhan Gaon di tempat ke-34 kerana populariti lewatnya. Lagu ini kekal dalam lima teratas untuk tiga minggu berikutnya sebelum menduduki tempat teratas pada 28 Disember 2014.[13]
Sejak ia dikeluarkan, lagu ini telah terjual sebanyak 1.3 juta salinan digital di Korea Selatan,[14] menjadikan ia lagu single pertama kumpulan ini untuk terjual sebanyak satu juta salinan.
CD/muat turun digital | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Ah Yeah'" (아예; Aye) | Shinsadong Tiger, Namking Nang, LE | Shinsadong Tiger, Namking Nang, LE | Shinsadong Tiger | 3:19 | |||||
2. | "Thrilling" (아슬해; Aseulhae) | Shinsadong Tiger, Polar Bear, LE | Shinsadong Tiger, Polar Bear, LE | Shinsadong Tiger, Polar Bear | 3:32 | |||||
3. | "Pat Pat" (토닥토닥; Todaktodak) | LE | Shinsadong Tiger, LE | Shinsadong Tiger, LE | 3:51 | |||||
4. | "With Out U" | LE | LE, S. Kim | Shinsadong Tiger, S. Kim | 3:31 | |||||
5. | "1M" | Shinsadong Tiger, Monster Factory, LE | Shinsadong Tiger, Monster Factory | Shinsadong Tiger, Monster Factory | 3:51 | |||||
6. | "Up & Down" (위아래; Wiarae) | Shinsadong Tiger, Namking Nang, LE | Shinsadong Tiger, Namking Nang, LE | Shinsadong Tiger | 3:09 | |||||
7. | "Every Night (Versi 2)" (매일 밤; Maeil Bam) | LE | Shinsadong Tiger, LE | Shinsadong Tiger | 4:14 | |||||
8. | "Ah Yeah" (Instrumental) | Shinsadong Tiger, Namking Nang, LE | Shinsadong Tiger | 3:19 | ||||||
Jumlah masa: 28:46 |
Carta (2015) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Album Korea Selatan (Gaon)[15] | 5 |
Album Jepun (Oricon)[16] | 272 |
Album Dunia AS (Billboard)[17] | 12 |
Carta (2015) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Album Korea Selatan (Gaon)[18] | 10 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Muzik Seoul ke-24 | Bonsang (Anugerah Utama) | EXID | Menang |
Anugerah Populariti High1/Mobile | Tercalon | |||
Anugerah Istimewa Hallyu | Tercalon | |||
Anugerah K-Pop Carta Gaon ke-4 | Penemuan Tahunan - 2014 | Menang |
Lagu | Program | Tarikh |
---|---|---|
"Up & Down" | M! Countdown (Mnet) | 8 January 2015[19] |
15 Januari 2015[20] | ||
Music Bank (KBS) | 9 Januari 2015[21] | |
16 Januari 2015[22] | ||
Inkigayo (SBS) | 11 Januari 2015[23] | |
The Show (SBS MTV) | 13 Januari 2015[24] | |
"Ah Yeah" | The Show (SBS MTV) | 21 April 2015[25] |
Inkigayo (SBS) | 26 April 2015[26] | |
3 Mei 2015[27] | ||
Show Champion (MBC Music) | 29 April 2015[28] | |
6 Mei 2015[29] |
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 13 April 2015 | CD, muat turun digital |
|
Seluruh dunia[30] | 14 April 2015 | muat turun digital | Yedang Entertainment |
|trans_title=
ignored (bantuan)|trans_title=
ignored (bantuan)