Aminuddin Harun | |
---|---|
Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 14 Ogos 2023 (1 tahun, 6 bulan dan 17 hari) | |
Raja | Tuanku Muhriz |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 13 Ogos 2023 (5 tahun, 3 bulan dan 1 hari) | |
Raja | Tuanku Muhriz |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Portfolio |
|
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Portfolio |
|
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Port Dickson, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 (2 tahun, 2 bulan dan 12 hari) | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Kawasan pilihan raya | Sikamat |
Majoriti | 23,937 (PRU-15) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Sikamat | |
Menyandang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti |
|
Jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat | |
Naib Presiden | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Presiden | ![]() ![]() |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2014 | |
Didahului oleh | Kamarul Bahrin Abbas |
Ketua Cabang Port Dickson | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Ravi Munusamy |
Ketua Cabang Tampin | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | Zulkapli Kassim |
Digantikan oleh | Abdul Shukor Ab Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan | 2 Januari 1967
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Utama Wan Hasni Wan Yusof |
Anak | 3 lelaki, 2 perempuan |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalan Keliling, Seremban |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun (lahir 2 Januari 1967) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-8 dan ke-9 bermula 14 Ogos 2023, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk DUN Sikamat.[1] Pada 19 Disember 2022, beliau telah dilantik menjadi Ahli Parlimen Port Dickson menggantikan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Aminuddin telah dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan.[2]
Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 sebagai ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman dan auditor ISO/TS 16949:2002.[2]
Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).
Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008. Kemudian, beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.
Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Mei 2018 di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.[2]
Tahun | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Aminuddin Harun (PKR) | 6,036 | 51.02% | Md Yusop Harmain Shah (UMNO) | 5,537 | 46.80% | 11,830 | 499 | 76.37% | ||
2013 | Aminuddin Harun (PKR) | 8,584 | 50.63% | Wan Salwati Abdullah (UMNO) | 8,074 | 47.62% | 16,954 | 510 | 86.30% | ||
2018 | Aminuddin Harun (PKR) | 9,832 | 47.30% | Syamsul Amri Ismail (UMNO) | 6,419 | 30.90% | 17,858 | 3,413 | 85.90% | ||
Rahim Yusof (PAS) | 1,331 | 6.40% | |||||||||
Bujang Abu (BEBAS) | 15 | 0.10% |