Faisal Halim | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelahiran | Muhammad Faisal bin Abdul Halim 7 Januari 1998 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Muhammad Faisal bin Abdul Halim (lahir 7 Januari 1998) ialah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Faisal Halim adalah pemain dari skuad Piala Belia yang kemudiannya diserapkan ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang.Prestasi yang sangat baik dalam pasukan Belia Pulau Pinang 2015 bimbingan Ketua Jurulatih Noraffendi Taib telah mencuri tumpuan pengendali pasukan Piala Presiden Pulau Pinang yang seterusnya mengambil beliau bermain dalam Skuad Piala Presiden P.Pinang. Dia menjaringkan satu gol dalam penampilan pertama dalam kejohanan Piala Malaysia menentang PDRM FC di mana Pulau Pinang tewas 2-3. Beliau adalah salah seorang pemain muda yang telah dipanggil untuk berlatih dengan skuad pasukan senior sebagai persediaan untuk Piala Malaysia 2015. Beliau dijangka membantu barisan hadapan Pulau Pinang. Prestasi beliau dalam pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden sudah membawanya kepada perhatian pihak pengurusan Pulau Pinang.
Pada November 2015, Faisal menandatangani kontrak dengan Pahang, dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
Pada 6 Disember 2020, Faisal Halim menandatangani kontrak dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas.[1][2] Faisal menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti. Selangor memenangi perlawanan tersebut 3-1.
Pada 5 Mei 2024, Faisal mengalami serangan asid di hadapan sebuah pusat beli-belah. Insiden ini berlaku beberapa hari selepas rakan sepasukan kebangsaannya Akhyar Rashid.[3] Bagaimanapun suspek telah ditangkap. Menurut beberapa saksi, suspek sempat mengucapkan "Selamat maju jaya" kepada Faisal sebelum menyimbah asid.[4] Akibat serangan itu, Selangor FC, yang sepatutnya berdepan juara Liga Super Malaysia 2023, Johor Darul Ta'zim pada Piala Sumbangsih pembukaan musim 2024, menarik diri daripada perlawanan atas faktor keselamatan.[5]
Pada 22 Jun 2024, Faisal yang kini masih berehat dan mendapatkan rawatan selepas melalui pengalaman ngeri disimbah asid menerima kunjungan mengejut oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Menurut Faisal menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, kunjungan dari negarawan ulung itu tidak dijangka dan sangat mengejutkanya. Beliau dan keluarga amat berterima kasih dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Mahathir yang sudi meluangkan masa untuk bertanya khabar mengenainya serta keluarga.[6][7][8]
Faisal berkahwin dengan Nur Syazwani Mizuana Shahril dan mempunyai seorang anak, iaitu Khalish Aryan Faisal.
Pasukan | Musim | Liga | Piala[a] | Piala Liga[b] | Benua | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Penang | 2015 | Liga Premier Malaysia | – | – | 3 | 1 | – | 3 | 1 | |||
Jumlah | – | – | 3 | 1 | – | 3 | 1 | |||||
Sri Pahang | 2016 | Liga Super Malaysia | 10 | 1 | 2 | 0 | 1 | 1 | – | 13 | 2 | |
2017 | Liga Super Malaysia | 5 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | – | 7 | 0 | ||
2018 | Liga Super Malaysia | 17 | 2 | 5 | 0 | 1 | 0 | – | 23 | 2 | ||
2019 | Liga Super Malaysia | 17 | 1 | 5 | 2 | 7 | 0 | – | 29 | 3 | ||
2020 | Liga Super Malaysia | 11 | 2 | 0 | 0 | 1 | 0 | – | 12 | 2 | ||
Jumlah | 60 | 6 | 12 | 2 | 12 | 1 | – | 84 | 9 | |||
Terengganu | 2021 | Liga Super Malaysia | 22 | 4 | – | 9 | 6 | – | 31 | 10 | ||
2022 | Liga Super Malaysia | 20 | 6 | 5 | 3 | 6 | 2 | – | 31 | 11 | ||
Jumlah | 42 | 10 | 5 | 3 | 15 | 8 | – | 62 | 21 | |||
Selangor | 2023 | Liga Super Malaysia | 23 | 11 | 3 | 1 | 2 | 0 | – | 28 | 12 | |
2024–25 | Liga Super Malaysia | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0[c] | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 23 | 11 | 3 | 1 | 2 | 0 | 0 | 0 | 28 | 12 | ||
Jumlah kerjaya | 125 | 27 | 20 | 6 | 32 | 10 | 0 | 0 | 177 | 43 |
Pasukan | Tahun | Kemunculan | Gol |
---|---|---|---|
Malaysia | 2019 | 1 | 0 |
2021 | 3 | 0 | |
2022 | 12 | 8 | |
2023 | 13 | 6 | |
2024 | 5 | 1 | |
Jumlah | 34 | 15 |
No | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 27 Mei 2022 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | ![]() |
3–0 | 4–0 | Persahabatan |
2. | 8 Jun 2022 | ![]() |
2–0 | 3–1 | Kelayakan Piala Asia AFC 2023 | |
3. | 9 Disember 2022 | ![]() |
1–0 | 4–0 | Persahabatan | |
4. | 3–0 | |||||
5. | 14 Disember 2022 | Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia | ![]() |
2–0 | 3–0 | |
6. | 21 Disember 2022 | Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar | ![]() |
1–0 | 1–0 | Piala AFF 2022 |
7. | 24 Disember 2022 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | ![]() |
2–0 | 5–0 | |
8. | 3–0 | |||||
9. | 7 Januari 2023 | ![]() |
1–0 | 1–0 | ||
10. | 28 Mac 2023 | Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Malaysia | ![]() |
2–0 | 2–0 | Persahabatan |
11. | 20 Jun 2023 | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia | ![]() |
4–0 | 10–0 | |
12. | 9 September 2023 | Stadium Phoenix Hill Football, Chengdu, China | ![]() |
1–0 | 1–1 | |
13. | 13 Oktober 2023 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | ![]() |
3–1 | 4–2 | Pestabola Merdeka 2023 |
14. | 16 November 2023 | ![]() |
4 - 3 | 4 - 0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 | |
15. | 25 Januari 2024 | Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar | ![]() |
1–1 | 3–3 | Piala Asia 2023 |
Faisal Halim berjaya memenangi perlawanan dengan 1 goal yang menamatkan Kyrgyzstan dari peringkat 94 dalam FIFA melalui bantuan daripada Arif Aiman yang berjaya membuat "Comeback is Real" dalam perlawanan kelayakan tersebut.