Golden Child (Hangul: 골든 차일드code: ko is deprecated ; disingkatkan sebagai GNCD atau GolCha) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Woollim Entertainment pada tahun 2017.[1] Kumpulan ini debut pada 28 Ogos 2017, dengan album mini pertama mereka Gol-Cha!.[2] Kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang ahli: Daeyeol, Y, Jangjun, Tag, Seungmin, Jaehyun, Jibeom, Donghyun, Joochan dan Bomin, bekas ahli Jaeseok secara rasmi meninggalkan kumpulan ini kerana masalah kesihatan pada awal tahun 2018.
Pada bulan Januari 2017, Woollim Entertainment melancarkan projek pra-debut untuk pelatih, W Project.[3][4] Lima ahli Golden Child (Joochan, Jangjun, Tag, Daeyeol, Donghyun) dan bekas ahli Jaeseok diperkenalkan di bawah projek pra-debut ini.
Pada 15 Mei, Woollim Entertainment melancarkan kumpulan lelaki baru Golden Child, ini adalah kumpulan lelaki pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun sejak Infinite.[5][6] Pada 17 Mei, ianya telah didedahkan sebelas nama ahli barisan kumpulan ini.[7][8][9] Pada 22 Mei, Woollim Entertainment mengeluarkan konsep "class photos" untuk Golden Child dan telah disahkan akan muncul dalam rancangan realiti pra-debut 2017 Woollim Pick..[10][11] Pada 9 Ogos, ia diumumkan bahawa Golden Child akan membuat penampilan kameo pada 20th Century Boy and Girl.[12]
Golden Child secara rasminya debut pada 28 Ogos dengan album mini pertama mereka Gol-Cha!, terdiri daripada enam buah lagu termasuk single utama "DamDaDi".[14] Showcase debut mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan perilisan album.[15][16] Pada 1 September, Golden Child membuat pentas debut rasmi mereka di program muzik Music Bank, mempersembahkan single utama "DamDaDi" dan "I Love You So".[17][18] Pada 17 September, album mini tersebut telah mencapai Noombor 1 di carta harian Tower Records di laman muzik terbesar di Jepun.[19]
Pada 16 Oktober, mereka mengeluarkan Love Letter runut bunyi untuk 20th Century Boy and Girl.[20]
2018: Jaeseok meninggalkan kumpulan, Miracle, Goldenness dan Wish[sunting | sunting sumber]
Pada 6 Januari 2018, diumumkan bahawa Jaeseok telah meninggalkan kumpulan ini kerana masalah kesihatan.[21] Sepuluh ahli yang lain meruskan sebagai kumpulan dan mengeluarkan album mini kedua mereka Miracle pada 29 Januari.[22]
Album mini kedua mereka mengandungi enam buah lagu termasuk single utama "It's U". Showcase comeback mereka diadakan di Blue Square iMarket Hall pada hari yang sama dengan perilisan album.[23][24] Mereka meneruskan promosi dengan mengeluarkan video muzik untuk "Lady", lagu dari album mini kedua mereka.[25][26] Pada 13 April, mereka mengumumkan secara rasmi selesai promosi tiga bulan mereka.[27]
Pada 22 Mei, Golden Child mengadakan perjumpaan peminat pertama mereka Golden Day untuk meraikan ulang tahun debut pertama mereka di Seoul, Korea Selatan.[28] Mereka juga mengadakan perjumpaan peminat Jepun di Nagoya dan Tokyo masing-masing pada 24 Mei dan 25 Mei.[29] Pada 24 Jun, Golden Child membuat persembahan di KCON NY 2018.[30] Pada 11 Ogos, Golden Child membuat persembahan sebagai barisan KCON LA 2018.[31] Secara berterusan, mereka mengesahkan barisan mereka untuk KCON Thailand yang pertama pada 29 September 2018.[32]
Pada 4 Mei, Golden Child mengumumkan nama kelab peminat rasmi mereka akan dipanggil 'Goldenness',[33] Berikutan itu mereka mengeluarkan album single pertama Goldenness pada 4 Julai, dimana mengandungi tiga buah lagu dengan single utama "Let Me".[34][35]
Pada majlis perasmian kelab peminat yang dinamakan 'Golden Child Cheerful Geumdong Time' pada 14 Oktober, mereka mengejutkan peminat mereka dengan mengumumkan comeback mereka. Pada 24 Oktober, Golden Child mengadakan showcase comeback dan mengeluarkan album mini ketiga mereka Wish. Album mini ini mempunyai tujuh buah lagu termasuk single utama "Genie" dengan imej yang lebih matang.[36]
2019–2020: Re-boot, Without You, Road to Kingdom, Take a Leap dan Pump It Up[sunting | sunting sumber]
Pada 2 Mei 2019, Golden Child mengeluarkan single digital pertama mereka "Spring Again" sebagai hadiah untuk peminat semasa hiatus mereka.[37] Sitkom web pertama Golden Child Crazy Petty Housemate mula ditayangkan mulai 16 Oktober di platform media Lululala Story Lab. Sitkom web lapan episod disiarkan setiap hari Rabu dan Sabtu.[38]
Pada 18 November, Golden Child mengeluarkan album studio pertama mereka Re-boot. Album ini mengandungi dua belas buah lagu termasuk single utama iaitu "Wannabe".[39] Golden Child memenangi kemenangan program muzik pertama mereka pada 26 Disember, melalui rancangan M Countdown.[40]
Golden Child berjaya mengadakan konsert solo pertama mereka, "Future and Past" pada 18 dan 19 Januari 2020.[41] Versi semula album studio pertama mereka yang bertajuk Without You telah dikeluarkan pada 29 Januari 2020, dengan single utama dengan nama yang sama..[42]
Pada 20 Mac, diumumkan bahawa kumpulan ini akan menyertai pertandingan realiti televisyen MnetRoad to Kingdom.[43] Mereka adalah kumpulan pertama yang tersingkir dalam episod kelima. Pada 31 Mei, Golden Child dan artis Woollim Entertainment yang lain mengeluarkan single kolaborasi Relay dengan nama With Woollim.[44]
Pada 23 Jun, Golden Child mengeluarkan album mini keempat mereka Take a Leap, album ini mempunyai tujuh buah lagu termasuk single utama "One (Lucid Dream)".[45] Pada 18 Ogos, diumumkan bahawa Golden Child akan mengadakan konsert dalam talian, NOW pada 13 September.[46]
Pada 7 Oktober, Golden Child telah mengeluarkan album single kedua mereka Pump It Up mengandungi tiga buah lagu termasuk single utama dengan nama yang sama.[47][48]
Pada 17 Disember, Jaehyun didapati positif COVID-19. Pada 31 Disember, diumumkan bahawa Jaehyun telah didapati negatif daripada COVID-19 dan akan meneruskan aktiviti bersama Golden Child seperti biasa.[49][50]
Pada 25 Januari, Golden Child mengeluarkan album mini kelima mereka Yes. dengan single utama "Burn It".[51] "Burn It" berada di Carta Album Teratas iTunes, mencapai tempat di 10 teratas di 11 wilayah.[52]
Pada 18 Jun, diumumkan bahawa Golden Child akan mengadakan konsert dalam talian/luar talian, Summer Breeze pada 17 dan 18 Julai.[53] Namun, ia ditangguhkan kerana kes COVID-19 meningkat di Korea.[54]
Pada 26 Jun, Golden Child mengambil bahagian dan membuat pentas yang hebat di Dream Concert 2021. 2021 Dream Concert diadakan di Stadium Piala Dunia Sangam di Seongsan-dong, Mapo-gu, Seoul.[55]
Para 2 Ogos, Golden Child mengeluarkan album studio kedua mereka Game Changer dengan single utama "Ra Pam Pam".[56] Muzik video mencapai 20 juta tontonan di Youtube dalam masa 3 hari selepas dilancarkan.[57]
Pada 9 Ogos, Hanteo Chart mengumumkan bahawa album Game Changer terjual lebih dari 126,000 salinan pada minggu pertama dan menjadi album dengan penjualan minggu pertama tertinggi di bawah Woollim Ent mengatasi Yes. oleh Golden Child.[58] Hanteo Chart, carta muzik masa nyata satu-satunya di dunia, mengucapkan tahniah kepada Golden Child dan mengeluarkan sijil rasmi yang membuktikan jumlah penjualan Chodong Awal melebihi 100,000 naskhah. Oleh itu, Golden Child membuktikan diri mereka sebagai salah satu kumpulan utama yang mewakili K-pop dengan menunjukkan pertumbuhan 1.8 kali ganda berbanding album sebelumnya Yes. Initial Chodong record (71,485 salinan).[59]
Single utama "Ra Pam Pam" memulakan debutnya di #2 di Carta Billboard World Digital Song Sales Chart dan #37 di Carta Billboard Digital Song Sales Chart.[60] Golden Child adalah Kumpulan K-pop lelaki ketiga yang tertera di Carta dan memegang gelaran untuk rekod debut tertinggi.[61] "Ra Pam Pam" adalah lagu pertama teratas iTunes Mongolia setelah dilancarkan pada pukul 6 petang pada 2 Ogos. Selain itu, Game Changer menduduki tempat Pertama di Turki di carta album K-pop teratas iTunes, Kedua di Thailand, Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Sepanyol, Indonesia dan Malaysia, Ketiga di Hong Kong dan Kanada, dan dengan itu berada dalam kedudukan TOP5 di 11 negara dan wilayah.[62]
Pada 5 Oktober, Golden Child mengeluarkan versi semula album studio kedua mereka Ddara dengan single utama dengan nama yang sama.[63]
2022: Debut Jepun, peningkatan pendedahan antarabangsa dan Aura[sunting | sunting sumber]
Pada 16 Januari, Golden Child membuat persembahan dalam Expo 2020 Dubai's Korea National Day K-pop concert.[64]
Pada 26 Januari, Golden Child membuat debut Jepun mereka dengan single "A Woo!!".[65] "A Woo!!" memulakan debut di nombor satu pada Oricon Weekly Single Chart, Billboard Japan Singles Sales Chart (24–26 Januari) dan Tower Records' National Sales Singles Chart.[66][67]
Golden Child mengadakan konsert dalam talian/luar talian, Play, pada 5 dan 6 Februari di KBS Arena. Semasa konsert itu, Daeyeol mengumumkan bahawa dia akan mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan wajib tidak lama lagi, walaupun tarikh masih belum ditetapkan lagi.[68]
Pada 21 Mac 2022, agensi itu mengumumkan bahawa Lee Dae-yeol akan menyertai tentera pada 29 Mac 2022, menyertai Briged Tentera Ke-3.[69]
Pada 11 Mei, Golden Child akan mengeluarkan single Jepun kedua mereka "Rata-Tat-Tat".[70] Sebagai menyokong comeback Jepun pertama mereka, Golden Child mengadakan showcase dua hari di Tokyo pada 30 April dan 1 Mei 2022, di Amfiteater Maihama.[71] "Rata-Tat-Tat" memulakan debut di nombor tiga di Oricon Daily Singles Chart.[72]
Pada 23 Mei, Tag dimasukkan ke hospital besar pada 18 Mei selepas disahkan menghidap penyakit hati dan menjalani pemeriksaan menyeluruh. Oleh itu, jadual masa hadapan Golden Child akan beroperasi sebagai sistem 8 orang ahli.[73] Pada 27 Jun, keadaan kesihatan Tag bertambah baik dan disahkan akan kembali beraktiviti, namun, dia akan dikecualikan dalam jadual semasa Golden Child di luar negara.[74]
Pada 24 Jun, Golden Child memulakan jelajah konsert AS pertama mereka dengan berhenti di 10 buah bandar.[75]
Pada 10 Julai, Golden Child membuat persembahan dalam Program Konsert SummerStage Central Park City di New York sebagai sebahagian daripada barisan untuk Pusat Kebudayaan Korea Korea Gayoje di NY.[76]
Pada 30 Julai, Golden Child akan membuat persembahan di London sebagai sebahagian daripada barisan di Festival MIK, festival muzik K-pop luar yang pertama di Eropah. Woollim Entertainment juga mengumumkan bahawa Golden Child akan menyertai Weverse untuk berkomunikasi dengan peminat di platform.[77]
Pada 8 Ogos, Golden Child mengeluarkan album mini keenam mereka Aura dengan single utama "Replay".[78]
Golden Child akan menjadi sebahagian daripada barisan untuk "MBC Idol Radio Live in Tokyo" pada 20 Oktober[79] dan pada 21 Oktober, Golden Child akan membuat persembahan di Manila sebagai sebahagian daripada barisan untuk konsert "I-Pop U 22".[80]
Pada 27 Februari 2023, Woollim Entertainment mengumumkan bahawa Y akan menyertai perkhidmatan ketenteraan pada 20 Mac dan juga merancang untuk mengeluarkan single pada pertengahan bulan Mac, sebelum perkhidmatan ketenteraannya.[81] Pada 31 Mac 2023, dilaporkan bahawa Y telah dilantik sebagai ketua pelatih di Pusat Latihan Nonsan, Dia dilantik secara bersama dengan Pelakon Nam Joo-hyuk.[82]
^"펜타곤·온앤오프·골든차일드·더보이즈·베리베리·원어스·TOO, '로드 투 킹덤' 출연 확정 [공식]" [Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus, TOO, confirmed 'Road to Kingdom' appearance [Official]]. OSEN. March 20, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 20, 2020. Dicapai pada March 21, 2020.
^Lee, Jae-eun (23 September 2021). "골든차일드 10월 5일 컴백, 포스터 깜짝 공개". Sports Khan (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-06. Dicapai pada 2021-09-23.
^기자, 인천국제공항=임성균. "골든차일드 '두바이로 떠나요!' [영상]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-12. Dicapai pada 2022-05-12.
^"Golden Child 遂に待望の日本デビュー決定!!". Golden Child Japan Official Website (dalam bahasa Jepun). December 20, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2021. Dicapai pada December 20, 2021.
^Kawk Hyun-su (March 21, 2022). "골든차일드 이대열, 29일 육군 3사단 현역 입대 (전문)" [Golden Child Lee Dae-yeol, enlisted in the 3rd Division of the Army on the 29th (professional)] (dalam bahasa Korea). YTN. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2022. Dicapai pada March 21, 2022 – melalui Naver.
^Woo, Bin (May 23, 2022). "[전문] 골든차일드 측 "태그, 간 상태가 좋지 않다 최근 많이 호전…8인 체제" [[Full text] Golden Child side "Tag, liver condition is not good Recently, it has improved a lot... 8-member system"] (dalam bahasa Korea). TenAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2022. Dicapai pada May 23, 2022 – melalui Naver.
^Ji, Min-kyung (June 27, 2022). "골든차일드 태그, 상태 호전→활동 재개.."해외 스케줄은 제외" [공식]" [Golden Child tag, status improved → resume activities.."Overseas schedules excluded" [Official]] (dalam bahasa Korea). Osen. Diarkibkan daripada yang asal pada June 27, 2022. Dicapai pada June 27, 2022 – melalui Naver.
^"Line-up". www.mikfestival.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-13. Dicapai pada 2022-05-11.
^Kim, Hyun-sook (July 28, 2022). "골든차일드, 미니 앨범 '아우라'로 내달 8일 컴백" [Golden Child, comeback on the 8th of next month with the mini album 'Aura'] (dalam bahasa Korea). Newsis. Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2022. Dicapai pada July 28, 2022 – melalui Naver.
^Kwak, Hyun-su (February 27, 2023). "골든차일드 Y, 3월 20일 육군 현역 입대" [Golden Child Y, enlisted in the army on March 20th] (dalam bahasa Korea). YTN. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2023. Dicapai pada February 27, 2023 – melalui Naver.
^Jang, Jin-ri (March 31, 2023). "[단독]남주혁-골든차일드 와이, 논산훈련소 소대장 훈련병 됐다" [[Exclusive] Nam Joo-hyuk-Golden Child Y, became a platoon leader trainee at Nonsan Training Center] (dalam bahasa Korea). SpoTV News. Dicapai pada April 1, 2023 – melalui Naver.
^ abcd"Gaon Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada 2017-09-09.
"Gol-Cha!". August 27 – September 2, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2018. Dicapai pada September 16, 2017.
"Miracle". January 28 – February 3, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2015. Dicapai pada February 8, 2018.
"Goldenness". July 1–7, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 2018-07-12.
"Wish". October 21–27, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 2018-11-01.
"Re-boot". November 17–23, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-28. Dicapai pada 2019-11-28.
"Without You". January 26 – February 1, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2020. Dicapai pada February 6, 2020.
"Take a Leap". June 21–27, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-07. Dicapai pada 2020-07-09.
"Pump It Up". October 4–10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-17. Dicapai pada 2021-02-04.
"Yes". January 24–30, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-04. Dicapai pada 2021-02-08.
"Game Changer". August 1–7, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-14. Dicapai pada 2017-09-09.
"Ddara". October 3–9, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-27. Dicapai pada 2021-10-14.
"Aura". August 7–13, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-18. Dicapai pada 2022-08-18.
"Game Changer". August 16, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-11. Dicapai pada 2021-08-11.
^"Circle Chart" 2019년 12월 Album Chart [December 2019 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2020. Dicapai pada January 10, 2020.
^"Circle Chart" 2021년 8월 Album Chart [August 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2021. Dicapai pada September 9, 2021.
^"Circle Chart" 2020년 2월 Album Chart [February 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2015. Dicapai pada March 12, 2020.
^"Circle Chart" 2021년 11월 Album Chart [November 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2021. Dicapai pada December 9, 2021.
"Miracle". March 12, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 2019-01-30.
"Wish". January 14, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-09. Dicapai pada 2019-01-30.
"Take a Leap". July 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-09. Dicapai pada 2020-11-30.
"Yes". February 3, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-03. Dicapai pada 2021-02-04.
^"2017년 11월 Album Chart (See #61)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-07. Dicapai pada 2017-12-07.
^"2018년 Album Chart (See #96)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-22. Dicapai pada 2019-01-30.
^"2018년 12월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-01-30.
^"Circle Chart" 2020년 8월 Album Chart [Aug 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2015. Dicapai pada September 11, 2020.
^"Circle Chart" 2021년 Album Chart [2021 Yearly Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2022. Dicapai pada January 7, 2022.
^"2018년 08월 Album Chart (See #32)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-08. Dicapai pada 2018-10-04.
^"2020년 11월 Album Chart (See #13)". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-07. Dicapai pada 2020-12-27.
"Ra Pam Pam". Billboard. August 21, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-17. Dicapai pada 2021-08-18.
^"Burn It". Gaon Chart. January 24–30, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-04. Dicapai pada 2021-02-04.
^"Burn It". Billboard. February 7–13, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-15. Dicapai pada 2022-07-24.CS1 maint: date format (link)
^"Circle Chart" 2020년 26주차 Download Chart [Week 26 of 2020 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). June 21, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2021. Dicapai pada June 21, 2020.
^"Circle Chart" 2020년 41주차 Download Chart [Week 41 of 2020 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). October 16, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2020. Dicapai pada October 16, 2020.
^"Circle Chart" 2021년 32주차 Download Chart [Week 32 of 2021 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). August 11, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2021. Dicapai pada August 11, 2021.
^"Circle Chart" 2021년 41주차 Download Chart [Week 41 of 2021 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). October 14, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2021. Dicapai pada October 14, 2021.