Hajiji Noor SPDK, PGDK (Sab); KMN | |
---|---|
عزيزي محمد نور | |
![]() Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor pada tahun 2024 | |
Ketua Menteri Sabah ke-16 | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim |
Yang di-Pertua Negeri | Tun Juhar Mahiruddin |
Perdana Menteri | |
Timbalan | Bung Moktar Radin (hingga 2023) Jeffrey Kitingan Joachim Gunsalam Shahelmey Yahya (sejak 2023) |
Didahului oleh | Mohd Shafie Apdal |
Menteri Kewangan I Sabah | |
Dalam jawatan 29 September 2020 – 11 Januari 2023 Berkhidmat with Masidi Manjun (Menteri II) | |
Pembantu | Nizam Abu Bakar Titingan Jasnih Daya |
Didahului oleh | Mohd Shafie Apdal |
Digantikan oleh | Masidi Manjun |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sulaman | |
Menyandang jawatan 22 Oktober 1990 | |
Didahului oleh | Jasni Gindug |
Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah | |
Menyandang jawatan 12 September 2020 11 Mac 2022 (secara rasmi oleh JPPM) 12 December 2022[1] | |
Timbalan | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
Menyandang jawatan 29 Januari 2023 | |
Timbalan | Masidi Manjun |
Naib Presiden | Mohd Arifin Mohd Arif Rubin Balang Masiung Banah |
Didahului oleh | Stephen Jacob Jimbangan (Presiden ke-2 parti) |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Sabah | |
Dalam jawatan 5 Januari 2021 – 10 Disember 2022 | |
Timbalan |
|
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ronald Kiandee |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah | |
Dalam jawatan 7 September 2020 – 10 Disember 2022 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Masidi Manjun |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ronald Kiandee |
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 12 Mei 2018 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Joseph Pairin Kitingan Yahya Hussin Raymond Tan Shu Kiah |
Digantikan oleh | Wilfred Madius Tangau Jaujan Sambakong Christina Liew |
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 12 Mei 2018 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Digantikan oleh | Peter Anthony |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 10 Mei 2018 | |
Gabenor | Ahmadshah Abdullah Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Pembantu | Edward Yong Oui Fah (2004–2013) Ghulamhaidar Khan Bahadar (2008–2013) Zakaria Edris (2013–2018) Joachim Gunsalam (2013–2018) |
Didahului oleh | Salleh Said Keruak |
Digantikan oleh | Jahid Jahim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hajiji bin Mohd Noor 10 Mei 1955 Kampung Serusup Tuaran, Sabah |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (1990-2019) Pakatan Harapan (2019-2020) Perikatan Nasional (2021-2022) Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2020) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag |
Pertalian | Hajah Laireh (sepupu) Hajah Teruyah Omar (ibu) Haji Mohd Noor Harun (bapa) |
Anak | Mohd Reza Khairil Anuar Nur Diyana Mohammad Ghazali |
Tempat belajar | University of New Hampshire Amerika Syarikat |
Dikenali dengan |
|
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (lahir 10 Mei 1955) merupakan Ketua Menteri Sabah ke-16 sejak 2020. Di samping itu, beliau juga merupakan pengasas serta penyandang pengerusi sulung bagi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan presiden ke-3 untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).[3][4][5] Sejak 1990, beliau telah mendapat mandat dari rakyat Sulaman untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman.
Hajiji dilahirkan di Kampung Serusup, Tuaran, Sabah pada 10 Mei 1955, anak kedua daripada tiga orang adik beradik kepada pasangan Haji Mohd Noor Harun dan Hajah Teruyah Omar. Ayah beliau merupakan seorang petani dan nelayan bermusim. Mendapat pendidikan awal di SRK Serusup dari 1961-1966 dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tuaran dari 1967-1971 dan mendapat agregat 15 di dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Selepas itu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran dari 1972 hingga 1973. Beliau juga telah lulus Malaysia Certificate of Education (MCE) dan mendapat keputusan antara yang terbaik untuk daerah Tuaran.
Memulakan kerjaya sebagai juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah pada 1976 selama satu tahun. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran dan berkhidmat dari 1977 hingga 1982. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat, beliau berkhidmat sebagai Penguasa Kastam Sabah dari tahun 1986 hingga 1990.
Beliau memulakan kerjaya politiknya apabila menyertai Parti USNO pada tahun 1990 hingga 1994. Selepas pembubaran USNO pada tahun 1994, beliau menyertai UMNO. Sejak Pilihan raya negeri Sabah 1994 hingga Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau mengekalkan kerusi DUN Sulaman atas tiket UMNO. Beliau telah berkhidmat selama enam (6) penggal berturut-turut.[6] Walaubagaimanapun, United Malays National Organisation (UMNO) di Negeri Sabah telah hilang usul percaya dan ini telah menyebabkan UMNO jatuh dan "runtuh" pada PRU-14 (2018). Sehubungan dengan kejatuhan UMNO-BN di Sabah, Datuk Hajiji Noor telah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang telah diasaskan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan pada 2018. Pada tahun 2019, Beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Sabah (PPBM Sabah) dan telah dilantik sebagai Ketua BERSATU untuk bahagian Sabah serta dilantik sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah pada Tahun 2020.
Gabungan baru telah diasaskan pada 12 September 2020 sehubungan dengan pembubaran Dun Sabah yang diumum oleh Datuk Shafie Apdal (Mantan Ketua Menteri ke-15). Gabungan tersebut ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah diasaskan oleh penyandang sulung pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bagi menghadapi Pilihan raya negeri Sabah 2020.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi gabungan yang beliau sertai secara rasmi selepas Gabungan Bersatu Sabah (GBS).
Beliau sangat berpengalaman dalam arena Politik Sabah dan berikut adalah Pengalaman Datuk Hajiji Noor selama dalam arena politik Sabah:
- KEJATUHAN BN-UMNO DI NEGERI SABAH (2018)
Selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 (2018), beliau telah keluar dari UMNO dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Politik Bebas. Beliau dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sabah sejak dari tahun 2019.[9] Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sekaligus dijadikan pengerusi sulung rasmi Gabungan Rakyat Sabah yang baharu seandainya gabungan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memenangi pilihan raya negeri Sabah ke-16[10]. GRS berjaya memenangi pilihan raya negeri dan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili pihak Perikatan Nasional (PN) serta rasmi menjadi pengerusi sulung Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pencalonan beliau telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia dilangsungkan pada 29 September 2020.[11]
Beliau berkahwin dengan Juliah Salag dan dikurniakan empat (4) orang anak antaranya Mohd. Reza, Mohd. Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd. Ghazali.
Tahun | Kerusi | Undi | Pct | Pencabar | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N11 Sulaman, P137 Tuaran | Hajiji Noor (USNO) | 3,575 | 59.05% | Jahid Jahim (PBS) | 3,294 | 32.14% | 8,202 | 281 | 80.02% | ||
Kalakau Untol (AKAR) | 565 | 2.55% | ||||||||||
Aliasgar Basri (BERJAYA) | 538 | 2.66% | ||||||||||
Shafie Anterak (PRS) | 120 | 3.60% | ||||||||||
Yusof Awang Ludin (Bebas) | 38 | 3.60% | ||||||||||
Laugan Tarki Noor (Bebas) | 11 | 2.66% | ||||||||||
1994 | N11 Sulaman, P149 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 5,016 | 59.05% | Matbee Ismail (PBS) | 4,140 | 32.14% | 9,365 | 876 | 79.56% | ||
Pengiran Othman Pengiran Rauf (Bebas) | 69 | 2.55% | ||||||||||
Margaret Kimon (D1J000) | 60 | 2.66% | ||||||||||
1999 | N10 Sulaman, P149 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 6,571 | 59.05% | Rakam Sijim (PBS) | 3,127 | 32.14% | 10,799 | 3,444 | 77.31% | ||
Mohammed Daud Abdullah (BERSEKUTU) | 886 | 2.55% | ||||||||||
Hamdin Adb. Kadir (SETIA) | 100 | 2.66% | ||||||||||
2004 | N10 Sulaman, P170 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 7,065 | 59.05% | Ansari Abdullah (keADILan) | 3,583 | 32.14% | 12,997 | 3,482 | 72.54% | ||
2008 | Hajiji Noor (UMNO) | 8,961 | 59.05% | Ansari Abdullah (PKR) | 3,505 | 32.14% | 12,770 | 5,456 | 79.44% | |||
2013 | Hajiji Noor (UMNO) | 13,065 | 59.05% | Ghulabidin Enjih (PKR) | 2,624 | 32.14% | 17,044 | 10,441 | 87.10% | |||
Ali Akbar Kawi (Bebas) | 615 | 2.55% | ||||||||||
David Orok (STAR) | 225 | 2.66% | ||||||||||
Arifin Harith (Bebas) | 66 | 3.60% | ||||||||||
2018 | Hajiji Noor (UMNO) | 12,966 | 45.46% | Dausil Kundayong (WARISAN) | 5,192 | 31.59% | 19,055 | 7,774 | 84.30% | |||
Arifin Harith (PHRS) | 467 | 6.01% | ||||||||||
2020 | N12 Sulaman | Hajiji Noor (BERSATU) | 5,919 | 65.83% | Datuk Aliasgar Basri (WARISAN +) | 2,820 | 31.36% | 3,099 | ||||
Rekan bin Hussien (PCS) | 253 | 2.81% |