Nama asli | 주식회사 카카오엔터테인먼트 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | |
Industri | |
Pendahulu | (sebagai syarikat berasingan) |
Ditubuhkan | 2 Mac 2021[1] |
Ibu pejabat | Korea Selatan |
Tokoh penting | Joy Lee (CEO) Stephan Kim (CEO) |
Keluaran |
|
Perkhidmatan | |
Pemilik |
|
Syarikat induk | Kakao |
Pembahagian |
|
Anak syarikat | lihat senarai |
Tapak web | KakaoEnt.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Kakao Entertainment Corp. (Korea: 주식회사 카카오엔터테인먼트), juga ditulis sebagai kakao ENTERTAINMENT, ialah syarikat hiburan, media massa, dan penerbitan Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2021. Anak syarikat milik syarikat internet Kakao, syarikat ini merupakan hasil penggabungan dua anak syarikat Kakao, KakaoPage dan Kakao M.[2][3][4]
Podotree Co, Ltd. ditubuhkan pada 20 Julai 2010 sebagai anak syarikat Lakao, dan melancarkan KakaoPage tiga tahun kemudian. Pada 1 Ogos 2018, mereka bertukar nama syarikat kepada KakaoPage Corp.
Seoul Records, Inc. ditubuhkan pada Oktober 1978 oleh Young Bin Min , pemilik syarikat pendidikan tempatan YBM Group (dahulu Sisa English). Pada 2005, syarikat itu diperolehi oleh SK Telecom dan kembali dilancarkan sebagai LOEN Entertainment, Inc. tiga tahun kemudian, sebelum dijual kepada Star Invest Holdings (anak syarikat Affinity Equity Partners).
Pada Januari 2016, syarikat itu diambil alih oleh Kakao dan sekali lagi bertukar nama kepada Kakao M Corp. pada Disember 2017.
Pada Disember 2020, KakaoPage Corp. mengusulkan penggabungan dengan Kakao M Corp. sebagai sebuah syarikat bersepadu.[5] Ini dilakukan sebagai tindakan oleh syarikat induk mereka terhadap dasar baru Google untuk pengguna aplikasinya, yang dapat mempengaruhi Kakao M, di mana KakaoTV mulai menjadi popular di Korea Selatan.
Pada 25 Januari 2021, kedua-dua syariikat itu mengumumkan rancangan dan garis masa untuk penggabunga mereka, serta cadangan nama untuk syarikat bersepadu, Kakao Entertainment Corp.[6] Berdasarkan rancangan tersebut, KakaoPage Corp. menjadi entiti yang menerima penggabungan.
Penggabungan selesai pada 1 Mac 2021, dan Kakao Entertainment secara rasmi ditubuhkan sehari kemudian.
Diketuai oleh co-CEO Joy Lee, Page Company bertanggungjawab ke atas penerbitan cereka web dan perniagaan pembangunan web syarikat. Syarikat ini terletak di Pangyo, Seongnam di Gyeonggi.
Diketuai oleh co-CEO Stephan Kim - salah seorang eksekutif hiburan paling terkenal di Korea Selatan - M Company bertanggungjawab ke atas perniagaan hiburan dan media massa syarikat. Ibu pejabat mereka terletak di Teheran-ro, Gangnam-gu di Seoul.