Khalid bin Abdul Samad | |
---|---|
خالد بن عبد الصمد | |
Pengarah Komunikasi AMANAH | |
Memegang jawatan 2023 | |
Dalam jawatan 2019–2023 | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Timbalan Presiden | Mujahid Yusof (2023-kini) Salahuddin Ayub (2015-2023) |
Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan | |
Memegang jawatan 2024 | |
Didahului oleh | Mohd Hatta Ramli |
Pengerusi AMANAH Kelantan | |
Dalam jawatan Mac 2023 – Disember 2023 | |
Didahului oleh | Muhammad Husain |
Digantikan oleh | Adly Zahari |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P108 Shah Alam, Selangor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abdul Aziz Shamsuddin |
Digantikan oleh | Azli Yusof |
Majoriti | 33,849 (PRU-14) 10,939 (PRU-13) 9,314 (PRU-12) |
Menteri Wilayah | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | Shahruddin Md Salleh |
Didahului oleh | Tengku Adnan Tengku Mansor |
Digantikan oleh | Annuar Musa |
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Dalam jawatan 2011–2013 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Timbalan Presiden | Mohamad Sabu |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Ogos 1957
Parti politik | PH-AMANAH (2015-kini) (-2015) |
Pasangan | Dr. Zaitun Abu Bakar |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Hajah Rashidah Othman |
Hubungan | Shahrir Samad (abang) |
Kediaman | Shah Alam, Selangor |
Alma mater | University of Leeds, United Kingdom |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web rasmi | Laman blog YB Khalid Laman web YB Khalid |
Yang Berbahagia Tuan Haji Khalid Abdul Samad (lahir pada 14 Ogos 1957) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan (2018-2020) dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam selama tiga penggal. Jawatan beliau dalam parti ialah Pengarah Komunikasi AMANAH dan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan.
Isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar dan mereka mempunyai dua anak lelaki , dua anak perempuan dan 6 orang cucu. Bapanya Haji Abdul Samad berasal dari Muar,Johor. Ibunya Hajjah Rashidah.Sebagai pegawai kerajaan, selalu berpindah dari Kelantan, Terengganu, Pahang , Selangor dan Kelantan.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of Leeds, United Kingdom (1979). Ketika di UK, beliau aktif dalam 'Suara al Islam'. Selepas pulang ke Malaysia,beliau aktif dalam PAS, IRC, JIM dan pelbagai pertubuhan Islam lain.
Beliau pernah bekerja di Petronas Dagangan Berhad. Kini beliau juga menyandang jawatan sebagai Presiden kelab bolasepak KL City.
Beliau menyertai PAS pada 1983 dan menjadi ahli majlis tertinggi dari 1987-1993. Beliau gagal dalam pilihan raya di Kuala Krai,Arau,Sri Gading dan shah Alam.
Pada November 2009, Khalid menyatakan wujudkan baiah talak tiga dalam PAS tetapi dinafikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.[1]
Pada 6 November 2009, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah" berdasarkan surat makluman polis Selangor sebelum ini yang menyatakan beliau mempunyai rekod sedemikian. Tambahnya, pengarah jabatan tersebut Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi juga berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan sebab tauliahnya ditolak tahun lalu.[2]
Pada 8 September 2011, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menolak rayuan Khalid yang memohon sambung tauliah beliau melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011. Oleh itu MAIS tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor. Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada 6 September 2011, Khalid melanggar peraturan permit apabila memberi ceramah di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Ekoran itu beliau akan dibicarakan pada 24 November 2011 di Mahkamah Syariah Klang.[3]
Pada 13 Mac 2010, beliau mencabar YB Zulkifli Noordin berdebat bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang mempertembungkan mereka berdua.[4] Akhirnya mereka akan bertembung dalam pilihan raya umum ke-13 apabila Zulkifli dipilih Barisan Nasional untuk mencabar kerusi parlimen Shah Alam Khalid.[5]
Pada 26 Jun 2014, Khalid menggesa Enakmen Undang-Undang Islam di Pentadbiran (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.Cadangan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusan Peguam Negara agar menyerahkan kembali Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada Persatuan Bible Malaysia.
Pada 15 Julai 2014, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik. Baginda turut memberi amaran kepadanya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan. Khalid jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Sultan dan peranan Mais di dalam menasihati Sultan mengenai agama Islam[6]
Pada 26 Ogos 2014, Khalid Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif MAIS dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun 2014. Bagaimanapun Khalid Samad mengaku tidak bersalah. Hakim Mahkamah Sesyen Aswarnida Affandi menetapkan jaminan untuk Khalid sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September 2014 untuk sebutan kes. Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.Beliau boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didapati bersalah dan didenda lebih daripada RM 2,000 atau penjara lebih setahun. [7] Semasa keluar dari Mahkamah, sekumpulan pemuda Melayu 15 orang telah meludah tetapi terkena pada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja Terengganu.[8] [9]
Pada 21 Ogos 2014, Khalid Samad menyatakan bahawa sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan. Komuniti netizen menyatakan kuasa mutlak kepada Sultan bercanggah dengan sistem raja berperlembagaan. Pengguna Internet, ahli akademik dan Mahathir Mohamad turut mempunyai pandangan yang sama. Pakatan Rakyat memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. [10]
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | P028 Kuala Krai, Kelantan | Khalid Abdul Samad (PAS) | 10,330 | 45.77% | Mohamed Isa (UMNO) | 12,240 | 54.23% | 23,127 | 1,910 | 77.91% | ||
1990 | P002 Arau, Perlis | Khalid Abdul Samad (PAS) | 13,154 | 38.57% | Shahidan Kassim (UMNO) | 20,948 | 61.43% | 35,196 | 7,794 | 77.42% | ||
1999 | P134 Sri Gading, Johor | Khalid Abdul Samad (PAS) | 11,598 | 28.41% | Mohamad Aziz (UMNO) | 29,156 | 71.42% | 41,687 | 17,558 | 74.83% | ||
2004 | P108 Shah Alam, Selangor | Khalid Abdul Samad (PAS) | 19,007 | 36.81% | Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) | 32,417 | 62.78% | 52,336 | 13,410 | 75.66% | ||
2008 | Khalid Abdul Samad (PAS) | 33,356 | 57.90% | Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) | 24,042 | 41.73% | 58,361 | 9,314 | 77.47% | |||
2013 | Khalid Abdul Samad (PAS) | 49,009 | 56.16% | Zulkifli Noordin (UMNO) | 38,070 | 43.63% | 88,126 | 10,939 | 88.16% | |||
2018 | Khalid Abdul Samad (AMANAH) | 55,949 | 60.00% | Azhari Shaari (UMNO) | 22,100 | 23.70% | 93,243 | 33,849 | 87.82% | |||
Mohd Zuhdi Marzuki (PAS) | 15,194 | 16.30% |
|deadurl=
ignored (bantuan)