Lotte Department Store (hangul: 롯데백화점, kana: ロッテ百貨店) ialah syarikat Korea Selatan yang ditubuhkan pada 1979, dan beribu pejabat di Sogong-dong, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan. Lotte Department Store menawarkan barangan dan perkhidmatan peruncitan dan merupakan salah satu dari 8 unit Lotte Shopping. Anak syarikat Lotte yang lain termasuk Lotte Mart.
Saenara Super Department Store (새나라 수퍼백화점) (GMS, atau kedai cenderamara umum, dibuka pada tahun 1988 di Songpa-gu, Seoul (bersama Jamsil Store). Cabang ini bertukar nama menjadi World Store pada tahun 1992 dan akhirnya diubah menjadi Lotte Mart Jamsil Store pada tahun 1998.[6]
Magnet Department Store (마그넷백화점). Department store ini merupakan GMS, dan memiliki pelbagai cawangan di Korea Selatan. Pada tahun 2002, yang terakhir Magnet Department Store berubah menjadi Lotte Mart.