MXM | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2017 | –2018
Syarikat rakaman | Brand New Music |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | brandnewmusic.co.kr |
Ahli |
|
MXM adalah kumpulan duo dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Brand New Music pada tahun 2017.[1][2][3] Pasangan muzik ini terdiri daripada dua orang ahli yang pernah menyertai rancangan televisyen realiti kendalian Mnet, Produce 101 season 2. Mereka debut pada 6 September 2017, dengan album mini pertama "Unmix".
Lim Young-min dan Kim Dong-hyun bertemu sebagai pelatih di bawah Brand New Music. Mereka mewakili agensi bersama dengan Lee Dae-hwi dan Park Woo-jin dalam Produce 101 Season 2. Ketika pertunjukan berakhir, kedua-duanya tidak mendapat tempat di kumpulan projek Wanna One: Young-min menduduki tempat ke-15, sementara Dong-hyun tersingkir sebelum final, menduduki tempat ke-28.[2]
Pada 12 Julai, diumumkan bahawa Young-min dan Dong-hyun akan debut sebagai unit projek,[4] dengan kedua-duanya telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Brand New Music sebelum Produce 101 dan menjadi ahli Brand New Boys.[2] Nama MXM dilaporkan bermaksud "Mix and Match" dan "More x More". Yang pertama merujuk kepada keserasian duo sebagai sebuah kumpulan walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, sementara yang kedua merujuk pada tekad mereka untuk berkembang sebagai duo.[a][5] Pada 27 Julai, mereka mengeluarkan single promosi dua lagu bertajuk "Good Day".[5][6] Dong-hyun menulis lirik lagu kedua single itu "I Just Do" dengan Young-min, serta mengatur dan menghasilkannya dengan penerbit Brand New Music, Kiggen.
MXM secara rasmi memulakan debutnya pada 6 September dengan perilisan album mini pertama mereka yang bertajuk Unmix. Album mini mengandungi tujuh buah lagu, termasuk "Good Day" dan "I Just Do".[7][b][8] Single utama, "I'm the One," ditulis dan dihasilkan oleh penerbit Brand New Music 9999 dan Esbee.[9]
Pada 22 September, duo ini mengambil bahagian dalam konsert tahunan Brand New Music bertajuk "Brand New World Seoul", yang diadakan di Seoul Jangchung Arena.[10]
MXM mengeluarkan album mini kedua mereka bertajuk Match Up pada 10 Januari 2018, dengan jumlah enam buah lagu termasuk single utama "Diamond Girl".[11]
Pada tahun 2018, MXM mengumumkan perilisan single double bertajuk Rematch pada 6 Mac 2018, disertai dengan video muzik untuk lagu "Gone Cold", yang dihasilkan oleh Primeboi. Mereka menggarap single Rematch kedua mereka yang bertajuk "Love Me Now" bersama 9999 dan Esbee.[12] Juga pada bulan Mac 2018, mereka mengumumkan projek photobook Makestar, yang dibuka untuk penyertaan pada 9 Mac.[13]
MXM mengeluarkan album penuh pertama mereka yang bertajuk More Than Ever pada 14 Ogos 2018, dengan single utama "Ya Ya Ya".[14][15] Setelah album dikeluarkan, MXM mengumumkan akan mengadakan konsert pertama mereka yang bartajuk More Than Ever pada 29 dan 30 September di Olympic Hall.[16]
Pada 7 November, duo ini mengeluarkan single khas One More dengan single double lead, "Knock Knock (TAK Remix)" dan "You Look So Different".[17]
Lim Young-min dan Kim Dong-hyun menyertai kumpulan lelaki baru Brand New Music AB6IX pada tahun 2019.
Nama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Youngmin (영민) | Lim Young-min (임영민 · 林煐岷) |
|
Donghyun (동현) | Kim Dong-hyun (김동현 · 金東賢) |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [18] | |||
More Than Ever |
Daftar lagu
|
5 | KOR: 36,994+[19] |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [18] |
JPN [20] | |||
Unmix (언믹스)[7] |
Daftar lagu
|
3 | 129 | |
Match Up |
Daftar lagu
|
3 | — |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR [23] |
KOR Hot | ||||
"Good Day"[c] | 2017 | 60 | — |
|
Unmix[7] |
"I'm the One" | 55 | — |
| ||
"Diamond Girl" | 2018 | — | — | — | Match Up |
"Gone Cold"[d] | — | — | Rematch | ||
"Love Me Now"[d] | — | — | |||
"Ya Ya Ya" | — | — | More Than Ever | ||
"Checkmate" | — | — | |||
"Knock Knock (TAK Remix)" | — | — | One More | ||
"You Look So Different" | — | — |
Tajuk | Tahun | Kedudukan teringgi carta | Jualan | Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR | KOR Hot | ||||
"LOVE IT LIVE IT" | 2018 | — | — | — | YDPP PROJECT`LOVE IT LIVE IT` |
Tajuk | Tahun | Keududukan teringgi carta | Jualan | Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR [28] |
KOR Hot | ||||
"I Just Do"[c] | 2017 | 99 | — |
|
Unmix[7] |
Tahun | Tajuk | Album | Pengarah |
---|---|---|---|
2017 | "I'm the One" | Unmix | Digipedi |
2018 | "Diamond Girl" (다이아몬드걸) | Match Up | |
"LOVE IT LIVE IT" | YDPP PROJECT
`LOVE IT LIVE IT` |
Han Sa Min (Dextor-Lab) | |
"Gone Cold" (식어버린 온도) | Rematch | Vikings League | |
"YA YA YA" | MORE THAN EVER | Wooje Kim (ETUI Collective) | |
"CHECKMATE" | Vikings League |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | UNMIX | New Artist of the Year (Album) | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | MXM | New Artist of the Year | Tercalon |
Global Popularity Award | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | MXM | Best New Artist | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | MXM | New Artist Award | Tercalon |
Popularity Award | Tercalon | ||
Hallyu Special Award | Tercalon |
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nameorigin
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan MXM (kumpulan muzik) |