Premier Sarawak | |
---|---|
ڤريميير سراوق Premier of Sarawak | |
Kerajaan Sarawak | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Bidang kuasa | Sarawak dan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak |
Institusi | Pejabat Premier Sarawak dan Kabinet Kerajaan Sarawak |
Kediaman | Demak Jaya, Kuching, Sarawak |
Pusat | Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak |
Dilantik oleh | Tuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
Tempoh jawatan |
|
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Sarawak |
Penjawat sulung | Stephen Kalong Ningkan (sebagai Ketua Menteri) |
Dibentuk |
|
Timbalan/naib | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan Sim Kui Hian |
Tapak web | premier |
sunting · sunting di Wikidata |
Yang Amat Berhormat Premier Sarawak[1][2] (atau dalam bahasa Inggeris dikenali Premier of Sarawak) ialah ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak, Malaysia. Penyandang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dalam kalangan pemimpin parti terbesar bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak.[3]
Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier[4] dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.[1][5]
Penyandang Premier Sarawak terkini ialah Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang menjawat sejak 13 Januari 2017 (pada asalnya sebagai Ketua Menteri Sarawak).
# | Nama | Tarikh perlantikan | Tarikh tamat perlantikan | Parti |
---|---|---|---|---|
Ketua Menteri | ||||
1 | Stephen Kalong Ningkan (Penggal pertama) | 22 Julai 1963 | 16 Jun 1966 | Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) |
Tawi Sli (Penggal pertama) | 16 Jun 1966 | 7 September 1966 | Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) | |
2 | Stephen Kalong Ningkan (Penggal ke-2) | 7 September 1966 | 23 September 1966 | Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) |
Tawi Sli (Penggal ke-2) | 23 September 1966 | 7 Julai 1970 | Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) | |
3 | Abdul Rahman Ya'kub | 7 Julai 1970 | 26 Mac 1981 | Barisan Nasional (PBB) |
4 | Abdul Taib Mahmud | 26 Mac 1981 | 28 Februari 2014 | Barisan Nasional (PBB) |
5 | Adenan Satem | 28 Februari 2014[6] | 11 Januari 2017 | Barisan Nasional (PBB) |
6 | Abang Johari Tun Openg | 13 Januari 2017[7] | 12 Jun 2018 | Barisan Nasional (PBB) |
12 Jun 2018[8] | 15 Februari 2022 | Gabungan Parti Sarawak (PBB) | ||
Premier | ||||
7 | Abang Johari Tun Openg | 15 Februari 2022 | kini | Gabungan Parti Sarawak (PBB) |
Jawatan Pemangku Premier Sarawak hanya akan disandang sekiranya seseorang Premier Sarawak disahkan sakit untuk tempoh yang agak lama ataupun disahkan meninggal dunia semasa melaksanakan tugas dalam pentadbiran kerajaan.
Jawatan Pemangku Premier Sarawak haruslah diberi kepada seseorang individu yang berpengalaman lebih luas dalam sepuluh bidang utama di dalam wilayah Sarawak (politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang & hak wilayah, seni & budaya, sukan, sains & teknologi, sosial & perpaduan kaum, hal ehwal antarabangsa, dan hal ehwal agama). Mana-mana etnik selain etnik Melayu, layak memegang jawatan Pemangku Premier Sarawak.
Tempoh pelantikan jawatan Pemangku Premier hanya akan diberi selama 80 hari sahaja, sehingga mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan sepenuhnya pelantikan Premier Sarawak yang baharu, dengan syarat melalui kaedah pemilihan barisan kabinet kerajaan Sarawak yang baharu, yakni menerusi pelaksanaan pilihanraya kabinet kerajaan Sarawak, ataupun secara terus melalui kaedah pilihanraya umum wilayah Sarawak.