Saifuddin Nasution Ismail | |
---|---|
Menteri Dalam Negeri | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 (2 tahun dan 16 hari) | |
Raja |
|
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Hamzah Zainuddin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pantai Jerejak | |
Dalam jawatan 2 Ogos 2018 – 28 Jun 2023 (4 tahun, 10 bulan dan 26 hari) | |
Didahului oleh | Mohd Rashid Hasnon |
Digantikan oleh | Fahmi Zainol |
Majoriti | 10,716 (PRU-14) |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 (1 tahun, 7 bulan dan 22 hari) | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Chong Chieng Jen |
Didahului oleh | Hamzah Zainudin |
Digantikan oleh | Alexander Nanta Linggi |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kulim-Bandar Baharu, Kedah | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 (4 tahun, 2 bulan dan 24 hari) | |
Didahului oleh | Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir |
Digantikan oleh | Roslan Hashim |
Majoriti | 4,860 (PRU-14) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Machang, Kelantan | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 (5 tahun, 1 bulan dan 27 hari) | |
Didahului oleh | Sazmi Miah |
Digantikan oleh | Ahmad Jazlan Yaakub |
Majoriti | 1,460 (PRU-12) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Lunas | |
Dalam jawatan 29 November 2000 – 21 Mac 2004 (3 tahun, 8 bulan dan 23 hari) | |
Didahului oleh | Joe Fernandez |
Digantikan oleh | Ganesan Subramaniam |
Majoriti | 500 (PRK Lunas 2000) |
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 6 November 2018 – 15 September 2024 | |
Didahului oleh | Rafizi Ramli |
Digantikan oleh | Fuziah Salleh |
Dalam jawatan 10 Januari 2010 – 19 Mei 2014 | |
Didahului oleh | Salehuddin Hashim |
Digantikan oleh | Rafizi Ramli |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Singapura, Malaya (kini negara Singapura) | 7 Disember 1963
Parti politik | UMNO (1995-1999) Parti Keadilan Nasional (1999-2003) PKR (2003 – kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (1995-1999) Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Harapan (2015 – kini) |
Pasangan | Datin Seri Norhayati Musa |
Pendidikan | Sarjana Sains (Agronomi) |
Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 Kabinet Malaysia 2022 |
Anugerah awam | Senarai |
Yang Berhormat Senator Datuk Seri [1] Saifuddin Nasution bin Ismail (lahir 7 Disember 1963) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia.
YB Senator Dato Seri Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[2]
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.[3]
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[4]
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[5]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[5]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kulim-Bandar Baharu | Saifuddin Nasution Ismail | PH (PKR) | 21,408 | Roslan Hashim | PN (BERSATU) | 34,469 | 13,061 |
Muhar Hussain | BN (UMNO) | 13,872 | ||||||
Mohamad Yusrizal Yusoff | GTA (IKATAN) | 591 | ||||||
2018 | Saifuddin Nasution Ismail | PH (PKR) | 23,159 | Abdul Aziz Sheikh Fadzir | BN (UMNO) | 18,299 | 4,860 | |
Hassan Razak | PAS | 12,885 | ||||||
2013 | Saifuddin Nasution Ismail | PKR | 24,911 | Abdul Aziz Sheikh Fadzir | BN (UMNO) | 26,782 | 1,871 | |
2008 | Machang | Saifuddin Nasution Ismail | PKR | 21,041 | Sazmi Miah | BN (UMNO) | 19,581 | 1,460 |
2004 | Padang Serai | Saifuddin Nasution Ismail | PKR | 15,953 | Lim Bee Kau | BN (MCA) | 26,269 | 10,316 |
1999 | Saifuddin Nasution Ismail | KeADILan | 18,023 | Lim Bee Kau | BN (MCA) | 27,395 | 9,372 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Pantai Jerejak, Pulau Pinang | Saifuddin Nasution Ismail | PH (PKR) | 14,014 | Oh Tong Keong | BN (GERAKAN) | 3,298 | 10,716 |
Mohd Faruan Yusof | PAS | 1,670 | ||||||
Yim Boon Leong | MUP | 97 | ||||||
2004 | Kubang Rotan, Kedah | Saifuddin Nasution Ismail | PKR | 6,527 | Syed Razak Syed Zain Barakhbah | BN (UMNO) | 14,468 | 7,941 |
PRK Lunas 2000 | Lunas, Kedah | Saifuddin Nasution Ismail | KeADILan | 10,511 | S. Anthonysamy | BN (MIC) | 9,981 | 530 |
N. Letchumanan | BEBAS | 50 |
|deadurl=
ignored (bantuan)
,