![]() | |
Nama penuh | Seibu Dome |
---|---|
Nama silam | Seibu Lions Stadium (1979 – 1997) Seibu Dome (1998 – 2004, 2008 – 2015) Invoice Seibu Dome (2005 – 2006) Goodwill Dome (2007) Seibu Prince Dome (2015 – 2017) MetLife Dome (2017 – 2022) |
Lokasi | 2135 Kami-Yamaguchi, Tokorozawa City, Saitama, Jepun |
Koordinat | 35°46′6.6″N 139°25′13.80″E / 35.768500°N 139.4205000°EKoordinat: 35°46′6.6″N 139°25′13.80″E / 35.768500°N 139.4205000°E |
Transit awam | ![]() ![]() ![]() |
Pemilik | Seibu Railway Company, Ltd |
Pentadbir | Seibu Recreation |
Kapasiti | 31,552[1] |
Saiz Padang | Kiri Padang: 100 m (328.1 ft) Pusat Padang: 122 m (400.3 ft) Kanan Padang: 100 m (328.1 ft) Tinggi Tembok Outfield: 3.2 m (10.5 ft) – 4.37 m (14.3 ft) |
Permukaan | Tiruan |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 1 Julai 1978 |
Dibina | 31 Mac 1979 |
Dibuka | 14 April 1979 |
Pengubahsuaian | 2007 – 2008 |
Diperluas | July 7, 1997 – March 18, 1999 (roof construction) |
Arkitek | Yoshiro Ikehara (Stadium) Kajima Construction Corporation, Ltd. (pembinaan bumbung) |
Kontraktor am | Seibu Constructions (Stadium) Kajima Construction Corporation, Ltd. (pembinaan bumbung) |
Tuan rumah | |
Saitama Seibu Lions (1979 – kini) |
Seibu Dome (西武ドーム, Seibu Dōmu), atau dikenali sebagai Belluna Dome (ベルーナドーム, Berūna Dōmu) merupakan stadium besbol yang terletak di Tokorozawa, Saitama, Jepun.[2] Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan besbol Saitama Seibu Lions.
Stadium ini mempunyai bumbung di tengah padang dan tempat duduk seperti stadium besbol tertutup lain. Walau bagaimanapun, kekurangan dinding di belakang tempat duduk membolehkan udara dapat dibawa masuk ke arah padang. Perkara ini membolehkan pukulan home run dapat pergi jauh luar dari stadium dan ia merupakan bukan perkara biasa bagi stadium berkubah.
Stadium ini telah dibina pada 1979 tanpa bumbung dan dinamakan sebagai Stadium Seibu Lions (西武ライオンズ球場, Seibu Raionzu Kyūjō) sebagai gelanggang baru bagi pasukan Lions yang baru berpindah dari Fukuoka ke Tokorozawa pada tahun itu. Pada awalnya, ia merupakan stadium terbuka dan pemasangan bumbung stadium berlaku melalui dua fasa: fasa pertama dijalankan selepas musim 1997 manakala fasa kedua pula selepas musim 1998. Pada permulaan musim 1998, stadium ini dinamakan kepada Seibu Dome walaupun bumbung berkubah masih belum siap.
Pada asalnya, pasukan Lions merancang ingin membina stadium baru di Odaiba tetapi oleh kerana keperluan untuk mendapatkan kebenaran dari tiga pasukan Tokyo lain pada masa itu (Nippon-Ham Fighters, Yomiuri Giants dan Yakult Swallows), tentangan dari peminat sendiri dan kos untuk membina stadium, mereka mengambil keputusan untuk hanya menambah bumbung di stadium itu.
Pada 1 Mac 2005, nama stadium ini bertukar kepada Invoice Seibu Dome (インボイスSEIBUドーム, Inboisu Seibu Dōmu) apabila Invoice Inc. memperoleh hak nama stadium untuk dua musim berikutnya. Selepas kontrak hak nama itu luput pada 1 Januari 2007,[3] nama tersebut ditukar lagi kepada Goodwill Dome (グッドウィルドーム, Guddowiru Dōmu) untuk memaparkan penaja Goodwill Group, Inc. Kontrak hak nama bersama Goodwill berkuat kuasa selama lima tahun.
Walaupun Seibu Dome masih lagi nama rasmi stadium, pihak stadium dan media menggunakan nama penaja secara eksklusif ketika tempoh itu.[4] Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 2007, hak nama Goodwill untuk stadium dan pasukan telah berakhir apabila pendedahan gerakan perniagaan haram Goodwill. Nama stadium ini beralih menjadi Seibu Dome pada 2008. Pada 16 Januari 2017, sebuah insitusi kewangan yang berpusat di New York City iaitu MetLife telah memperoleh hak nama stadium buat selama lima tahun.[5] Pada 1 Mac 2022, Belluna iaitu syarikat pengirim surat dari Ageo, Saitama telah mendapatkan hak nama stadium selepas perjanjian bersama MetLife telah luput.[6]
Queen pernah membuat persembahan di stadium ini dalam kunjungan Hot Space Tour mereka pada tahun 1982.[7] New Japan Pro-Wrestling mengadakan final G1 Climax 2014 pada 10 Ogos 2014 di arena ini.[8] Lady Gaga melangsungkan dua konsertnya di stadium ini dalam jelajah Chromatica Ball beliau pada 3 dan 4 September 2022.[9]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seibu Dome |