Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Moden ke-III dan Sultan Johor ke-XXII | |
Pemerintahan | 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 |
Pendahulu | Sultan Ibrahim |
Pengganti | Sultan Iskandar |
Raja Muda | Tunku Mahmood Iskandar |
Pasangan | Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad (k. 1920; m. 1977) Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad (k. 1977) |
Anakanda | |
Tunku Abdul Jalil Tunku Kalthum Maimunah Tunku Abdul Rahman Tunku Mahmood Iskandar Tunku Abdul Rahman Tunku Helen Tunku Tun Maimunah | |
Nama penuh | |
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur | |
Tempat persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
Ayahanda | Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah |
Bonda | Tunku Ampuan Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid |
Keputeraan | Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 28 Oktober 1894
Kemangkatan | 10 Mei 1981 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor | (umur 86)
Dimakamkan | 11 Mei 1981 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Agama | Islam |
Gelaran hormat bagi Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim سلطان إسماعيل إبن سلطان إبراهيم | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
Gaya pilihan | Tuanku توانکو |
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur KBE CMG (28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-22 (Sultan Johor Era Moden ke-3 daripada keturunan Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Sultan Sir Ibrahim Sultan Sir Abu Bakar. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.
Sultan Ismail telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Johor Bahru. Kemudian, baginda turut belajar bahasa Inggeris daripada seorang guru berbangsa Eropah. Ketika baginda berusia 10 tahun, baginda diiringi oleh kedua-dua paduka adinda, iaitu Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad serta lima orang sahabat baginda, iaitu Dato' Onn bin Dato' Ja'afar, Dato' Wan Idris bin Wan Ibrahim, Ismail bin Muhammadon, Abu Bakar bin Yahya, dan Ungku Sulaiman bin Ungku Mohd Khalid telah dihantar belajar ke England dengan menaiki kapal P&0 Liner Bengal. Di England, baginda dan paduka-paduka adinda telah bersekolah di Rose Hill School, Tunbrigde Wells, Kent, kemudian di Alderburgh Lodge School serta di Roydon Hall, Norfolk. Basinda juga pernah belajar di Christ Church, Oxford. Pada tahun 1910, baginda diiringi Dato' Onn bin Dato' Ja'afar telah berangkat pulang ke Johor. Dalam tahun itu juga, baginda berdua telah dititahkan menyambung pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara kerabat diraja yang menuntut bersama-sama baginda di MCKK ialah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), dan Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Dalam tahun 1913, baginda sekali lagi telah berangkat ke England. Baginda bersemayam di England selama tujuh tahun, dan dalam tempoh itulah baginda telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman setelab melawat beberapa tempat di England dan Eropah. Pada hari Jumaat 5 Mac 1920, Sultan Ismail diringi paduka adindanya, Tunku Aris Bendahara Abu Bakar telah berangkat balik ke Johor.[1]
Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:
Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas dimasukkan hospital itu kerana gering. Baginda digantikan oleh paduka anakandanya, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Ibrahim |
Sultan Johor ke-23 1959-1981 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar |