Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan
PJN (Malaysia); SUMW (Wilayah Persekutuan);
SJMK (Kelantan); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah);
DGSM (Melaka); DSAP, DIMP (Pahang); DMSM (Melaka); DSDK (Kedah); KMN (Malaysia); PhD
Bendahari UMNO
Menyandang jawatan
2018
Didahului olehSalleh Said Keruak
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P125 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dalam jawatan
24 Mac 2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehPerlembagaan baharu
Digantikan olehMohd Radzi Md Jidin
Majoriti12,148 (PRU-14)
Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Digantikan oleh Khalid bin Abdul Samad
Setiausaha Agung UMNO
Dalam jawatan
2008 – 9 August 2018
Didahului olehDato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
Digantikan olehTan Sri Annuar Musa
Menteri Pelancongan
Dalam jawatan
14 Februari 2006 – 18 Mac 2008
Didahului oleh Leo Michael Toyad
Digantikan oleh Azalina Othman Said
Maklumat peribadi
Lahir (1950-12-20) 20 Disember 1950 (umur 73)
Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganYBhg. Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini Sentiaki
PekerjaanAhli Parlimen

Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan bin Tengku Mansor (lahir pada tanggal 20 Disember 1950) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas ahli Parlimen Putrajaya dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung UMNO dan Bendahari Agung BN. Kini beliau ialah Bendahari Agung UMNO. Sebelum itu, beliau pernah menjawat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Melaka. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan BBA dari Universiti California Selatan.

Tengku Adnan turut pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, beliau dikurniakan 4 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan.

Tengku Adnan menyertai politik pada awal 1980-an. Antara jawatan penting yang pernah disandangnya dalam parti ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988. Beliau mula dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993, tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996. Bagaimanapun, pada pemilihan parti pada September 2004, Tengku Adnan sekali lagi terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Adnan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000. Pada 29 November 2001 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006. Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.

Pilihan raya umum

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Putrajaya, negeri Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah menang dengan mendapat undi sebanyak 4038.

Calon lawan ialah Mohamad Noor Mohamad dari PAS, mendapat 1,304 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 81 %. Undi rosak sebanyak 38.

Pilihan raya umum 2018

[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila menang majoriti 3,372 undi.

Beliau memperoleh 12,148 manakala dua calon lain iaitu, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (PKR) mendapat 8,776 undi manakala Zainal Abidin Kidam (Pas) 3,634 undi.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Kontroversi klip video Lingam

[sunting | sunting sumber]

Adnan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke dalam klip video Lingam yang menyiasat dakwaan campur tangan haram dalam proses pelantikan hakim Malaysia yang didakwa berlaku pada tahun 2002. Pembentukan komisen itu adalah susulan kepada cadangan oleh panel tiga orang yang ditugaskan untuk menentukan kesahihan klip video perbualan telefon yang menimbulkan dakwaan.

Berikutan penemuan Suruhanjaya Diraja, kabinet Malaysia mengarahkan Peguam Negara supaya segera mengarahkan agensi untuk menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap enam individu terkenal yang dikenal pasti dalam klip video Lingam. Enam individu itu adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ketua hakim Tun Mohd Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Adnan Mansor, hartawan Tan Sri Vincent Tan dan peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam.

Terdapat sebab yang mencukupi untuk memohon Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Profesion Undang-Undang 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Kanun Keseksaan terhadap sesetengah individu utama yang terlibat,[1] namun sejak kebelakangan ini, tiada tindakan telah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional terhadap individu yang terlibat.

Kontroversi blogger wanita

[sunting | sunting sumber]

Adnan terlibat dalam kontroversi lain berkaitan dengan kenyataan yang dibuatnya tentang blogger wanita di mana dia dipetik sebagai memanggil blogger wanita adalah pembohong. Ini menyebabkan kegemparan di kalangan komuniti blogger dan menarik banyak tindak balas negatif.[2] Beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar Cina Malaysia Sin Chew Daily dan harian berbahasa Inggeris Singapura, The Straits Times:

... Semua blogger adalah pembohong, mereka menipu orang dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Dari pemahaman saya, daripada 10,000 blogger yang menganggur, 8,000 adalah wanita.

[3][4]

Cadangan pengembangan Wilayah Persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2017, Tengku Adnan mengumumkan hasratnya untuk mengembangkan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan untuk memastikan pembangunan yang sama. Ini menarik kritikan terutamanya dari kerajaan negeri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin pembangkang.[5][6]

Kes rasuah

[sunting | sunting sumber]

Tengku Adnan didakwa kerana menerima rasuah sebanyak RM3 juta daripada pemaju hartanah berhubung dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 16 November 2018.[7]

Gelaran Tengku

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendakwa keluarganya berasal dari Acheh, Indonesia dari kalangan pendakwah Islam. Penggunaan gelaran Tengku dipertikaikan kerana tiada gelaran Tengku untuk pahlawan bangsawan Acheh. Hanya gelaran Teuku atau Teungku untuk ulamak atau pendakwah yang hafaz Al Quran dan mempunyai ilmu agama yang tinggi. Ia dipertikaikan kebenarannya kerana menggunakan gelaran Tengku dan bukan Teuku atau Teungku seperti yang sepatutnya.[8]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Tengku Adnan berkahwin dengan Datin Seri Utama Anggraini binti Sentiyaki. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan empat anak perempuan antaranya Dr. Tengku Iqbal Munawir, Tengku Natasya Puteri, Dr. Tengku Muhammed Hafiz, Dr. Tengku Nadira Munawarah, Tengku Najwa Munawarah dan Tengku Nabila Puteri. Tengku Adnan juga mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu antaranya Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir dan Tengku Nadiah.

Anak perempuan beliau, Tengku Natasya Puteri berkahwin dengan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah pada 24 Oktober 2024 di Balai Mahkota Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.[9][10]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: P125 Putrajaya[11][12][13]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO) 4,086 87.64% Abdul Rahman Othman (KeADILan) 540 11.58% 4,662 3,546 91.79%
2008 Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO) 4,038 74.56% Mohamad Noor Mohamad (PAS) 1,304 24.08% 5,416 2,734 81.96%
2013 Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO) 9,943 69.09% Husam Musa (PAS) 4,402 30.59% 14,465 5,541 91.60%

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Royal Commission on Lingam video clip: Cabinet orders probe on Dr M, ex-CJs". New Straits Times. 16 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "A cyber war in Malaysian politics?". The Malaysian Insider. 19 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2009. Dicapai pada 19 Februari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "MALAYSIA: Bloggers see red over tourism chief's 'insults'". AsiaMedia UCLA (Reproducing article by Straits Times, Singapore). 13 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2008. Dicapai pada 19 Februari 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Mariam Mokhtar (November 17, 2018). "The irony of Ku Nan's present situation". Free Malaysia Today. Dicapai pada November 17, 2018.
  5. ^ "Ku Nan: Don't politicise proposal for federal territories to include Penang".
  6. ^ "No way, says LGE on Penang becoming a federal territory".
  7. ^ "Ku Nan charged with receiving RM3mil bribes". The Star. 16 November 2018. Dicapai pada 19 November 2018.
  8. ^ 'Adnan bukan ulama, tak layak digelar Teungku'
  9. ^ "Pahang Prince's wedding to be colourful ceremony steeped in tradition". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-22.
  10. ^ "Pahang royal wedding: Tengku Muhammad weds Tengku Natasya". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-24.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010.
  12. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  13. ^ "Malaysia Decides 2013". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Results only available from the 2004 election.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Pelancongan
14 Februari 20068 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Dr. Leo Michael Toyad Azalina Othman Said