Thapthim krop (Bahasa Thai: ทับทิมกรอบ , disebut [tʰáp.tʰīm krɔ̀ːp]) adalah salah satu daripada pencuci mulut Thai yang paling terkenal, yang diperbuat daripada sengkuang cina kiub di dalam sirap[1] disalut dengan pewarna makanan merah. Pencuci mulut ini dikenali sebagai "biji buah delima" atau "delima" kerana rupanya.[2] Ia biasanya dimakan dengan santan dan ketulan ais.