USS Texas (1895)

USS Texas, sebelum Perang Amerika-Sepanyol
Sejarah
United States Navy ensignUS
Nama: Texas
Bersempena dengan: Negeri Texas
Dipesan: 3 Ogos 1886
Pembina: Norfolk Naval Shipyard, Portsmouth, Virginia
Kos: $4,202,121.49
Dibaringkan: 1 Jun 1889
Dilancarkan: 28 Jun 1892
Ditaja oleh: Madge Houston Williams
Ditauliah: 15 Ogos 1895
Dibersarakan: 11 Februari 1911
Dinamakan semula: San Marcos pada 15 Februari 1911
Struck: 10 Oktober 1911
Nama gelaran: Old Hoodoo
Takdir: Tenggelam sebagai sasaran pengebom 21–22 Mac 1912
Status: Kekal tenggalam di pesisir Tangier, Virginia
Ciri-ciri umum
Jenis: Pre-dreadnought battleship
Sesaran: 6,316 long ton (6,417 t) beban penuh (1896)
Panjang: 308 kaki 10 inci (94.1 m)
Lunas: 64 kaki 1 inci (19.5 m)
Draft: 24 kaki 6 inci (7.5 m)
Installed power: 8,610 ihp (6,420 kW)
Jana kuasa:
Halaju: 17.8 knot (33.0 km/j; 20.5 mph)
Anak kapal: 392 pegawai dan anak kapal (1896)
Persenjataan:
Perisai:
  • Sabuk: 12 in (305 mm)
  • Geladak: 1–3 in (25–76 mm)
  • Benteng: 12 in (305 mm)
  • Turet: 1–3 in (25–76 mm)
  • Menara pandu: 9 in (229 mm)
  • Dinding sekat: 8 in (203 mm)

Kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (United States Navy) yang pertama telah dinamakan USS TEXAS , sebagai penghormatan kepada Texas, daerah yang, setelah diambil dari penduduk aslinya oleh kali pertama oleh Sepanyol dan kemudian Mexico, dan kemudian menjadi republik bebas, telah dimasukkan ke dalam Amerika Syarikat sebagai negeri ke-28 pada 29 Disember 1845.

Kapal perang Texas telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada 3 Ogos 1886. Ia telah dibina dari pelan British yang dimajukan untuk satu pertandingan reka bentuk. Ganjaran untuk pemenang reka bentuk berjumlah US$15,000.

Lunasnya telah mula bentuk pada 1 Jun 1889, di Portsmouth, Virginia, di Limbungan Kapal Navy Norfolk "Norfolk Navy Yard". ia telah dilancarkan pada 28 Jun 1892, dirasmikan oleh Miss Madge Houston Williams dan kapal perang Texas ditauliahkan pada 15 Ogos 1895, di bawah pemerintahan Kapten Henry Glass.

Diletakkan di bawah Skuadron Atlantik Utara "North Atlantic Squadron", kapal perang Texas menjelajah persisiran timur Amerika Syarikat. Pada Februari 1897, kapal perang Texas meninggalkan lautan Atlantik untuk penjelajahan pendek di pelabuhan pantai Teluk Galveston, Texas, dan New Orleans. Ia menyambung tugas di pantai Atlantik pada March 1897 dan kekal sebegitu sehingga permulaan tahun 1898. Pada masa itu, dia melawat Key West, Florida, dan Dry Tortugas dalam perjalanan ke Galveston untuk pelayaran pulang yang dilakukannya pada pertengahan Februari. Kembali ke Atlantik melalui Dry Tortugas pada March, kapal perang Texas tiba di Hampton Roads pada 24 March dan menyambung tugas biasa dengan Skuadren Atlantik Utara.

Awal musim bunga, perang di antara Amerika Syarikat dan Sepanyol meletus berkaitan dengan keadaan di Cuba dan apa yang didakwa kemusnahan kruiser berperisai Maine (ACR-1) di pelabuhan Havana pada Februari 1898. Menjelang 18 May, di bawah pemerintahan Kapten J.W. Philip, kapal perang Texas berada di Key West, bersedia untuk memulakan pertempuran.

Pada 21 May, kapal perang Texas tiba dipersisiran Cienfuegos, Cuba, dengan Skuardron Penerbang "Flying Squadron" untuk menyekatan pantai Cuban. Selepas kembali ke Key West untuk mengisi arang batu, kapal perang Texas tiba di Santiago de Cuba pada 27 May. Ia meronda dipinggir pelabuhan tersebut sehingga 11 Jun yang mana pada hari itu, kapal perang Texas membuat satu misi meninjau Teluk Guantanamo. Selama lima minggu kemudian, ia meronda antara Santiago de Cuba dengan Teluk Guantanamo. Pada 16 Jun, kapal perang Texas bergabung Marblehead untuk pengeboman kota Cayo del Tore di Teluk Guantanamo. Kedua-dua kapal melepaskan tembakan sejurus selepas 1400 dan berhenti membedil sekitar satu jam dan 16 minit kemudian, setelah menghancurkan kota tersebut menjadi tidak berguna.

Pada 3 Julai, kapal perang Texas sedang berlayar berhampiran dengan Santiago de Cuba apabila Angkatan Sepanyol di bawah pemerintahan Laksamana Cervera melakukan percubaan terdesak untuk melepasi Angkatan Amerika. Sementara meriam utama kapal perang Texas membedil Vizcaya dan Colon, meriam kedua bergabung dengan Iowa dan Gloucester untuk membedil dan memusnahkan dua kapal pemusnah bot-torpedo.

Kedua kapal pemusnah Sepanyol berundur dari beraksi dengan cepatnya dan mengkandaskan diri mereka dengan kerosakan teruk. Satu demi satu, kapal perang besar musuh turut akur kepada bedilan gabungan Angkatan Amerika. Setiap satu, menurut turutan, menghala kearah pantai dan mengkandaskan diri mereka. Dengan itu Texas dan kapal lain Skuardron Penerbang "Flying Squadron" menghapuskan Angkatan Sepanyol.

Kekalahan Angkatan Cervera membantu memastikan kejatuhan Santiago de Cuba. Bandar tersebut The city jatuh ketangan pasukan Amerika yang mengepong pada 17 Julai, hanya dua minggu selepas kejayaan tentera laut Amerika Syarikat. Pada hari penyerahan Santiago, Sepanyol mencari perdamaian melalui good offices kerajaan Perancis. Belumpun protokol perdamaian ditandatangan di Washington, DC, pada 12 Ogos, kapal Amerika Syarikat mula kembali kepelabuhan. Texas tiba di New York pada 31 Julai. Kapten Philip telah dilantik ke pangkat Commodore pada 10 Ogos 1898.

Pada akhir bulan November, kapal perang Texas berpindak ke selatan ke Hampton Roads di mana ia tiba pada 2 Desember. Kapal perang Texas meneruskan routin masa aman meronda persisiran Atlantik Amerika Syarikat. Walaupun operasi lapangan utamanya sekali lagi berpusat pada persisiran timur laut, ia turut melakukan lawatan ketempat seperti San Juan, Puerto Rico, dan Havana, Cuba, di mana anak kapalnya dapat melihat sebahagian dari keputusan usaha kapal mereka ketika perang yang baru berlalu.

Kapal perang Texas dikeluarkan dari tauliah seketika pada 1901 untuk pembaikian di Norfolk Navy Yard tetapi ditauliahkan kembali pada 3 November 1902. Ia bertugas sebagai kapal pemerintah untuk Skuardron Persisiran sehingga 1905.

Pada 1908 kapal perang Texas menjadi kapal pengun "station ship" di Charleston, South Carolina. Pada 15 Februari 1911, namanya ditukar kepada San Marcos bagi membenarkan nama Texas diserahkan kepada Battleship No. 35. Pada 10 Oktober 1911, namanya dikeluarkan dari Daftar Kapal Tentera Laut "Naval Vessel Register". Ia kemudiannya ditenggelamkan sebagai sasaran di Tangier Sound di Teluk Chesapeake.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]