Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK ) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan . Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.
UMK mempunyai 3 buah kampus utama iaitu kampus kota yang terletak di Pengkalan Chepa , Bachok dan Jeli .
Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn . Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.
UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto 'Keusahawanan ialah Teras Kami', universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.
Kampus Induk, Bachok
Kampus Kota, Pengkalan Chepa
Kampus Jeli
Kampus Jeli
Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)
Fakulti Sains Bumi (FSB)
Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT)
Kampus Pengkalan Chepa
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK)
Kampus Bachok
Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPS)
Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE)
Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB)
Jabatan Data Sains (JDS)
Insititut Penyelidikan Makanan dan Pertanian Lestari (IFFSA
Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG)
Insititut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK)
Pusat Penyelidikan Keusahawan dan Inovasi Global (GERIC)
Institut Keusahawanan UMK (UMKEI)
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian
Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian
Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian
Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (2u2i)
Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
Sarjana Muda Keusahawan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian
Fakulti Perubatan Veterinar
Doktor Perubatan Veterinar
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) dengan Kepujian
Jabatan Data Sains
Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Elektif Rekabentuk Komunikasi Visual
Elektif Rekabentuk Perindustrian
Elektif Pengajian Skrin
Elektif Tekstil Fesyen
Elektif Multimedia
Elektif SeniHalus
Elektif Animasi
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Elektif Konservasi Warisan
Elektif Kesusasteraan Warisan
Elektif Seni Persembahan
Elektif Warisan Budaya
Fakulti Seni Bina dan Ekistik
Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian
Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian)
Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)
Fakulti Industri Asas Tani
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian
Fakulti Sains Bumi
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian
Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian
Sebagai sebuah universiti awam, UMK turut mempunyai sebuah lagu rasmi bernama Terbilang UMK gubahan lagu oleh Ariffin bin Pawanchik dan lirik oleh Marwan bin Ismail.
Biru, Jingga Dan Merah Warnanya
Semangat Sumpah Setia
Inovasi Integriti
Ilmu Di Terokai
Warisan Budaya Sumber Asli
Keusahawanan Teras Kami
Kekayaan Akal Dan Budi
Mendidik Insan Yang Sejati
Merintis Perubahan Terkini
Demi Mu Yang Maha Pencipta
Merealisasi Mimpi Menjadi Realiti
Demi Negara Yang Tercinta
Relevan Unik Dan Berbeza
Menjana Peradaban Bangsa
Janji Kami Pada Semua
Taburi Jasa Di Mana Jua
Universiti Malaysia Kelantan
Terbilang UMK!
Sebagai sebuah universiti, UMK akan menjalankan istiadat konvokesyen sekurang kurangnya sekali setahun. Sekarang, UMK telah dilengkapi dengan Dewan Tuanku Canselor di Kampus Bachok dan kebiasaanya majlis tersebut dilakukan disini. Untuk rekod, UMK juga pernah menjalankan istiadat konvokesyen di Dewan Keusahawan di Kampus Pengakalan Chepa dan Dewan Hotel Perdana, Kota Bharu.
Bidang Pengajian
Jenis Pakaian Konvokesyen
i. Ijazah Doktor Falsafah
Jubah, Bonet & Hood
ii. Ijazah Sarjana
Jubah, Mortar Board & Hood (berjalur emas)
iii. Ijazah Sarjana Muda
Jubah, Mortar Board & Hood
Fakulti
Warna Hood
Ijazah Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
FIAT
Hijau Kepala Itik
Warna yang sama dengan
hood Ijazah Sarjana Muda
tetapi ditambah dengan jalur
berwarna emas
Baldu biru ditambah
dengan jalur
berwarna emas
FSB
Coklat
FKP
Maroon
FTKW
Ungu
FPV
Merah
FHPK
Putih
FBKT
Kelabu
FBI
Biru turqoise
MGSEB
-
Kuning emas ditambah
dengan jalur berwarna emas
-
Pusat Islam di Kampus Jeli dan Kampus Bachok
Pusat Pengurusan Ilmu di Kampus Jeli dan Kampus Pengkalan Chepa.
Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Bachok
Dewan Keusahawan, Kampus Kota
Dewan Besar UMK, Kampus Jeli
Agro-Park di UMK Kampus Jeli
Pusat Kesihatan Universiti di Kampus Jeli dan Kampus Bachok
Kemudahan Sukan:
Padang Bola Sepak
Gelanggang Petanque
Gelanggang Tenis
Gelanggang Bola Keranjang
Gelanggang Bola Jaring
Gelanggang Bola Tampar
Gelanggang Sepak Takraw
Gelanggang Futsal
Gelanggang Skuasy
Meja Ping Pong
Sukan Memanah
Gym Outdoor (UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli)
Gym Indoor (UMK Kampus Kota)
Ruang Aktiviti:
Llamar (UMK Kampus Kota)
Laman siswa (UMK Kampus Kota)
Laman Monsun (UMK Bachok)
Laman Kemarau (UMK Bachok)
Dewan Serbaguna (UMK Kampus Jeli)
Dewan Keusahawanan (UMK Kampus Kota)
Dewan Eksperimental (UMK Kampus Kota)
Tamu Waris (UMK Bachok)
Teniat (UMK Bachok)
Bilik Aktiviti Pelajar (Pejabat HEPA UMK Bachok)
Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (2008-2011)
Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose (2012-2014)
Prof. Dato' Dr. Mortaza bin Mohamed (2015-2017)
Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar (2018-2019)
Prof. Dato' Ts. Dr. Azizi bin Ismail (2019-2021)
Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak (2022-kini)
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan Universiti Komprehensif Universiti Pendidikan Universiti Teknikal Politeknik Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti Kolej Universiti Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera Akademi Polis