Zuraida Kamaruddin

Datuk Hajah

Zuraida Kamaruddin

PMW (Wilayah Persekutuan)
زريدة بنت قمرالدين
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Wee Jeck Seng
Willie Mongin
Didahului oleh Mohd Khairuddin Aman Razali
Digantikan oleh Fadillah Yusof
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ampang, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Rozaidah Talib
Digantikan oleh Rodziah Ismail
Majoriti41,956 (PRU-14)
13,278 (PRU-13)
3,676 (PRU-12)
Presiden
Parti Bangsa Malaysia
Dalam jawatan
1 Oktober 2022 – 27 Disember 2022
TimbalanWong Judat
Edmund Santhara
Didahului olehLarry Sng
Digantikan olehLarry Sng
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ismail Abd Muttalib
Didahului olehDilantik semula dan diteruskan sejak 21 Mei 2018
Digantikan oleh Reezal Merican Naina Merican
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Timbalan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Didahului oleh Noh Omar
Digantikan olehDilantik semula dan diteruskan sejak 21 Mei 2018
Ketua Wanita Pakatan Harapan
Dalam jawatan
2017–2020
Timbalan Rina Mohd Harun
Digantikan oleh Chong Eng
Butiran peribadi
Lahir (1958-03-14) 14 Mac 1958 (umur 66)
Koloni Singapura
(kini Republik Singapura)
KerakyatanMalaysia
Parti politik PKR (1999-2020)
BEBAS (2020)
PPBM (2020–2022)[1]
PBM (2022)
Sekutu gabungan
politik lain
PH (sehingga 2020)
PN (2020–2022)
PasanganDatuk Faridi Yaakob
PekerjaanAhli Parlimen
GajiRM51,236.48 sebulan[2]
Nilai bersihRM5 - 8.5 juta[2]
KabinetKabinet Malaysia 2020
Laman web rasmizuraidakamaruddin.com

Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin (Jawi: زريدة بنت قمرالدين; lahir 14 Mac 1958) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Ampang, Selangor iaitu bekas Parti Keadilan Rakyat. Kini, beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menjadi komponen dalam Parti Perikatan Nasional pada 9 Mac 2020. Beliau juga meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi kerana beliau mendapat pandangan dari orang ramai termasuk pengundi kawasan parlimen Ampang. Pada 26 Mei 2022, beliau keluar daripada parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Pada 27 Disember, beliau dipecat daripada PBM.

Dalam pilihan raya umum 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid dengan majoriti sebanyak 3,676 undi. Beliau memperolehi 26,995 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 23,319 undi.[3] Pada Pilihanraya Umum Ke-14, YB Zuraida telah memenangi kerusi Ampang sekali lagi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Rozaidah Talib dengan majoriti sebanyak 13,278 undi. Beliau mendapat undi sebanyak 41,969 berbanding Dr Rozaidah sebanyak 28,691.[4]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong, Girl School, Singapura.[5]

Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun. Selain itu, beliau pernah bekerja di American International Assurance (AIA), Saatchi & Saatchi Advertising, AVON (M) Berhad dan Flaireborne (M) Sdn Bhd.[6]

Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.

Jawatan lain termasuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman. Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.

Penglibatan dalam politik dan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Selain memegang jawatan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang, Selangor, YB Zuraida adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia. [7]

Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.[8]

Politik antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, beliau turut sering diundang ke simposium dan himpunan ahli-ahli politik antarabangsa mewakili Malaysia. Beliau turut diberi penghormatan untuk menghadiri dan berucap di Women Political Leaders Summit (WPL) di Iceland. WPL merupakan satu pertubuhan bebas, antarabangsa dan tidak berteraskan keuntungan yang beribu pejabat di Reykjavik, Iceland. Ahli-ahlinya terdiri daripada pemimpin wanita antarabangsa seperti menteri, ahli parlimen dan pemimpin komuniti. Aktiviti organisasi ini lebih fokus kepada untuk menunjukkan impak wanita dalam kepimpinan politik secara global.

Organisasi ini bukan sahaja berifat politikal tetapi turut mensasarakan pememacuan peranan wanita dalam komunikasi, jaringan dan komuniti. Hasrat utama WPL adalah untuk mengumpulkan para pemimpin politik wanita yang berdaya tinggi dan mempunyai pengaruh untuk membawa perubahan positif dalam skala global.[9]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Ampang Zuraida Kamaruddin PBM 4,589 Rodziah Ismail PH (PKR) 56,754 29,681
Sasha Lyna PN (BERSATU) 27,073
Ivone Low Yi Wen BN (MCA) 11,509
Nurul Ashikin Mabahwi GTA (PEJUANG) 2,653
Lai Wai Chong WARISAN 1,423
Muhammad Shafiq Iswan Mohd Yunos BEBAS 188
M. Raveen BEBAS 148
Tan Hua Meng BEBAS 93
2018 Zuraida Kamaruddin PH (PKR) 54,307 Leong Kim Soon BN (MCA) 12,351 41,956
Nurul Islam Mohamed Yusoff PAS 9,598
Tan Hua Meng PRM 294
2013 Zuraida Kamaruddin PKR 41,969 Rozaidah Talib BN (UMNO) 28,691 13,278
2008 Zuraida Kamaruddin PKR 26,995 Azman Wahid BN (UMNO) 23,319 3,676
  1. ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member
  2. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ Then, Stephen; Ling, Sharon (10 September 2009). "The rape of young Penan girls: Cops want more info". The Star. Dicapai pada 11 January 2010.
  4. ^ http://www.sinarharian.com.my/pru13/p99-ampang-1.59583
  5. ^ http://www.keluarga.my/ini-sebabnya-kenapa-yb-zuraida-tak-suka-ke-spa-sebaliknya-pilih-naik-bas-untuk-healing-time-wow-cukup-unik-kena-baca-ni/
  6. ^ http://www.keluarga.my/ini-sebabnya-kenapa-yb-zuraida-tak-suka-ke-spa-sebaliknya-pilih-naik-bas-untuk-healing-time-wow-cukup-unik-kena-baca-ni/
  7. ^ http://www.sinar.tv/berita/bermulanya-perjuangan-wanita-pakatan-harapan-1.779959
  8. ^ http://www.iwbselangor.com.my/team-5/
  9. ^ http://www.iwbselangor.com.my/2017/12/19/selangor-sebagai-hub-pergerakan-politik-wanita-asean/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]