Emergency: Quantum Leap | |
---|---|
EP oleh | |
Dilancarkan pada | 27 Ogos 2019 |
Dirakamkan pada | 2019 |
Genre | |
Panjang | 24:23 |
Bahasa | Korea |
Syarikat | |
Single daripada Emergency: Quantum Leap | |
| |
sunting · sunting di Wikidata |
Emergency: Quantum Leap (Hangul: 비상: Quantum Leap ) adalah album mini (EP) debut pertama oleh kumpulan lelaki Korea Selatan, X1, kumpulan projek yang dibentuk menerusi rancangan survival pada tahun 2019 Mnet Produce X 101. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 27 Ogos 2019, oleh Swing Entertainment.
X1 dibentuk melalui rancangan realiti Produce X 101, musim keempat dari siri pertandingan Mnet Produce 101. Dengan rancangan berakhir pada bulan Julai 2019, Agensi kumpulan itu, Swing Entertainment, mengumumkan bahawa X1 akan membuat debut rasmi mereka pada 27 Ogos 2019.[1]
Album mini debut, bertajuk Emergency: Quantum Leap, diumumkan pada 1 Ogos. Gambar konsep yang menampilkan setiap ahli dikeluarkan dari 9 Ogos hingga 19 Ogos.[2]
Pada 19 Ogos, senarai lagu itu dikeluarkan, dengan X1 merakam lagu mereka sendiri untuk versi "X1-MA", "U Got It" dan "Move" lagu dari Produce X 101 untuk Album mini ini. Selain itu, ada juga empat lagu baru yang disertakan: intro bertajuk "Stand Up", single utama "Flash" yang digubah oleh Score, Megatone dan Onestar (Monotree), "Like Always" dan "I'm Here for You".[3]
Album mini penuh dan video muzik untuk "Flash" dikeluarkan pada 27 Ogos 2019.[4]
Sebelum debut, kumpulan ini memulakan promosi menerusi rancangan realiti mereka X1 Flash, yang ditayangkan secara perdana pada 22 Ogos 2019, di saluran Mnet. Rancangan realiti itu diikuti oleh para ahli ketika mereka bersiap untuk debut mereka.[5]
Kumpulan ini membuat debut pada 27 Ogos 2019, dengan debut showcase diadakan di Gocheok Sky Dome.[6]
Kumpulan ini mengadakan persembahan pertunjukan muzik pertama mereka di Mnet M Countdown pada 29 Ogos 2019. Mereka memenangi trofi muzik pertama mereka di SBS MTV The Show pada 3 September.[7]
※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Stand Up" (Intro "Berdiri") |
|
|
| 2:12 | |
2. | "Flash [a]" ("Kilat") |
|
|
| 3:33 | |
3. | "Like Always (웃을 때 제일 예뻐)" ("Seperti biasa (Awak yang paling cantik semasa awak senyum)") |
|
| Jeong Ho-hyun (e.one) | 3:26 | |
4. | "I'm Here for You (괜찮아요)" ("Saya disini untuk awak (Tidak apa-apa)") |
|
|
| 4:42 | |
5. | "U Got It (X1 version)" ("Awak faham (Versi X1)") | Kiggen |
| Noheul | 3:10 | |
6. | "Move (움직여; X1 version)" ("Bergerak (Versi X1)") | Zico |
|
| 3:07 | |
Emergency: Quantum Leap – Lagu bonus edisi fizikal | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
7. | "X1-MA (지마; X1 version)" (Versi X1) | Produce X 101 |
|
| 4:13 | |||||
Jumlah masa: 24:23 |
Carta (2019) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
French Digital Albums (SNEP)[8] | 76 |
Japanese Albums (Oricon)[9] | 4 |
Japan Hot Albums (Billboard)[10] | 10 |
Polish Albums (ZPAV)[11] | 22 |
South Korean Albums (Gaon)[12] | 1 |
US World Albums (Billboard)[13] | 9 |
Carta (2019) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
South Korean Albums (Gaon)[14] | 4 |
Program | Tarikh | Ref. |
---|---|---|
The Show' (SBS MTV) | 3 September 2019 | [15] |
10 September 2019 | [16] | |
17 September 2019 | ||
Show Champion (MBC Music) | 4 September 2019 | [17] |
11 September 2019 | ||
18 September 2019 | [18] | |
M Countdown (Mnet) | 5 September 2019 | [19] |
12 September 2019 | ||
19 September 2019 | ||
Music Bank (KBS) | 6 September 2019 | [20] |
13 September 2019 | ||
Show! Music Core (MBC) | 7 September 2019 | |
14 September 2019 | ||
Inkigayo (SBS) | 8 September 2019 | [21] |
15 September 2019 | [22] |