Lapangan Terbang Tanjung Manis (ICAO: WBGT, sebelumnya WBTM) adalah sebuah lapangan terbang yang dahulunya terletak di Sarikei, sebuah pekan dalam negeri Sarawak dalam Malaysia.Kini ianya terletak di Mukah,setelah persempadanan semula Bahagian Mukah dan Sarikei.
Lapangan Terbang Tanjung Manis seluas 101 hektar dibuka pada 2001 bagi memudahkan pengurusan logistik pelabur Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Tanjung Manis (T-MEGA), yang dahulunya dikenali sebagai hab halal Tanjung Manis.[3][4][5][6] Lapangan terbang berlepas dan mendarat pendek diperakui sebagai lapangan terbang kategori 2B dengan panjang padang minimum yang diperlukan untuk berlepas antara 800 m-1,200 m dan sesuai untuk lebar sayap pesawat antara 15 m-24 m.[7]
Perkhidmatan ulang-alik yang disediakan oleh Syarikat / Hotel, ada Menyediakan Perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang Tanjung Manis, selain itu Van-Teksi juga menyediakan Perkhidmatan Hantar Jemput Penumpang Lapangan Terbang Tanjung Manis. [8]
^Lapangan Terbang ini memiliki kod ICAO sementara iaitu RP10
^Walaupun Kod Lapangan Terbang ini mengikut Format Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), Lokasi Lapangan Terbang ini berada di Malaysia Timur (Borneo Malaysia) Yang memiliki Format Awalan yang berlainan iaitu WB