Masked Rider Den-O (仮面ライダー電王, Kamen Raidā Den'ō, Kamen Rider Den-O) adalah siri drama ke-17 dari siri Tokusatsu glamor Kamen Rider. Drama ini adalah hasil usaha sama syarikat Ishimori Productions dengan Toei. Drama ini mula diperkenalkan pada 28 Januari 2007 sehingga 20 Januari 2008.
Drama ini mencipta kelainan tersendiri kerana berjaya menarik minat peminat anime Jepun. Selain itu, tiga filem dari drama ini telah dihasilkan. Malah, jualan CD muzik dan DVD bagi drama ini adalah antara yang tertinggi sepanjang drama Tokusatsu Kamen Rider ditayang. Tambahan pula, Toei akan menayangkan filem keempat bagi drama ini di pawagam-pawagam Jepun pada 1 Mei 2009.
"Kereta api masa, Den-Liner. perhentian seterusnya, masa silam atau masa hadapan?" (時の列車デンライナー。次の駅は過去か未来か。, Toki no ressha Denrainā. Tsugi no eki wa kako ka mirai ka.)
Nogami Ryotaro adalah pemuda yang sentiasa bernasib malang. Pada suatu hari, ada satu peristiwa ganjil berlaku dan dia terjumpa satu pas yang ganjil milik seorang perempuan misteri. Perempuan itu juga muncul bersama kereta api yang besar yang mampu merentas masa. Selain itu, dia juga dirasuk oleh satu entiti yang dipanggil Imagin (イマジン, Imajin); makhluk masa hadapan yang mahu mengubah masa silam. Sungguhpun keliru dengan krisis yang berlaku, Ryotaro bertukar mennjadi Kamen Rider Den-O untuk menghalang mana-mana makhluk Imagin yang mahu mengubah masa silam. Dalam pengembaraan Ryotaro, dia disertai oleh Imagin yang panas baran, Momotaros; Imagin yang miang, Urataros; Imagin yang kuat, Kintaros; dan Imagin yang keanak-anakan, Ryutaros. Dia kemudainnya bertemu dengan Sakurai Yuto dan rakan Imaginnya, Deneb. Yuto adalah Kamen Rider Zeronos dan juga pengembara masa. Dia adalah versi masa silam tunang kakak Ryotaro, Airi yang menghilang secara tiba-tiba, Sakurai, dan mempunyai kaitan dengan kemunculan Imagin.
Imagine (イマジン, Imajin) adalah makhluk pasir yang datang dari masa hadapan ke tahun 2007 untuk mengubah masa supaya dimensi masa tahun 2007 itu bersambung dengan dimensi masa hadapan mereka. Demi mencapai matlamat tersebut, Imagin akan merasuk tubuh manusia dan menunaikan hajat atau impian mereka, dalam bentuk perjanjian. Oleh itu, Imagin yang berjaya membuat perjanjian akan mendapat tubuh yang berbeza dengan tubuh asalnya iaitu pasir. Sebagai balasan, sekiranya Imagin berjaya menunaikan impian manusia yang dirasuknya, Imagin dapat mengembara ke zaman paling manis bagi manusia itu sebelum mengubah masa. Tindakan mereka ini menyebabkan sejarah hidup manusia yang terlibat pada tahun 2007 berubah. Namun, sekiranya Imagin kehilangan tubuh itu, Imagin bertukar menjadi gergasi yang dipanggil Gigandeath.
Edisi Filem Kamen Rider Den-O: Aku Lahir! (劇場版 仮面ライダー電王 俺、誕生!, Gekijōban Kamen Raidā Den'ō Ore, Tanjō!) (ditayang pada 4 Ogos 2007)
Edisi Filem Kamen Rider Den-O & Kiva: Detektif Klimaks (劇場版 仮面ライダー電王&キバ クライマックス刑事(デカ), Gekijōban Kamen Raidā Den'ō ando Kiba Kuraimakkusu Deka) (ditayang pada 12 April 2008)
Edisi Filem Selamat Jalan Kamen Rider Den-O: Pengiraan Detik Terakhir (劇場版 さらば仮面ライダー電王 ファイナル・カウントダウン, Gekijōban Saraba Kamen Raidā Den'ō Fainaru Kauntodaun) (ditayang pada 4 Oktober 2008)
Super. Kamen Rider Den-O & Decade' (超・仮面ライダー電王&ディケイド, Chō-Kamen Raidā Den'ō ando Dikeido) (akan ditayang pada 1 Mei 2009).
"Climax Jump", lagu pembukaan drama Kamen Rider Den-O, adalah single pertama kumpulan AAA yang berjaya menembusi carta sepuluh lagu popular di carta Oricon. Lagu ini juga dijadikan lagu tema untuk Den-O Climax Form dan pernah sekali dijadikan lagu penutup drama ini. Ini kerana drama ini tidak menyiarkan lagu penutup kecuali sekali selepas Climax Form diperkenalkan. Lagu ini juga diperlbagaikan versinya seperti berikut:
Climax Jump (nyanyian kumpulan AAA)
Climax Jump Den-Liner Form (nyanyian Momotaros, Urtaros, Kintaros, dan Ryutaros)
Climax Jump pop'n form (muncul dalam permainan game Konami, "pop'n music 16 PARTY♪")
Climax Jump HIPHOP ver. (lagu tema ketika Ryutaros menari "Break Dance" selepas merasuk Ryotaro)
Climax Jump Dark HIPHOP ver. (lagu tema ketika Kai menguasai minda penari "Break Dance")
Sempena tayangan filem ketiga Den-O, kumpulan AAA bersama empat jurualih suara untuk Taros (gelaran yang merujuk kepada Imagin merasuk Ryotaro yang menggunakan nama Taros) merakam album mini yang bertajuk Baguslah! Hebatlah! Mengagumkan, Bukan?! (いーじゃん! いーじゃん! スゲーじゃん?!, Ī jan! Ī jan! Sugē jan?!). Album mini ini mengandungi variasi lagu Climax Jump seperti berikut:
"Double-Action", lagu tema untuk Kamen Rider Den-O. Lagu ini dipelbagaikan variasinya mengikut bentuk (Form) yang digunakan oleh Den-O ketika berperang. Lagu ini dinyanyikan oleh Ryotaro bersama dengan salah satu Imaginnya. Hanya bentuk "Climax Form" sahaja yang tidak menggunakan variasi lagu ini. Berikut adalah senarai variasi lagu ini:
Double-Action (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Momotaros)
Double-Action Rod Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Urataros)
Double-Action Axe Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Kintaros)
Double-Action Gun Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Ryutaros)
Double-Action Wing Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Sieg)
Double-Action Piano Form (versi instrumental yang digunakan sebagai lagu tema perang pada episod 33 dan 34)
Double-Action Coffee Form (nyanyian Nogami Airi dan Naomi)
Double-Action GAOH Form (nyanyian Gaoh, lagu tema Kamen Rider Gaoh)
Double-Action CLIMAX Form (nyanyian kumpulan Taros berempat dan Deneb, lagu tema untuk filem kedua Kamen Rider Den-O: Detektif Klimaks)
Lagu ini adalah lagu tema perang untuk Kamen Rider Zeronos dan Imagin Deneb. Lagu ini tidak mempunyai variasi seperti lagu "Double-Action". Namun, pihak Avex mengeluarkan versi instrumental piano bagi lagu ini dan diberi judul "Action-ZERO Piano Form". Lagu ini telah diterbitkan bersama single "Double-Action Wing Form".