Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik DCSM (Melaka); PhD | |
---|---|
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 21 September 2019 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Waytha Moorthy Ponnusamy |
Didahului oleh | Waytha Moorthy Ponnusamy |
Digantikan oleh | Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Perpaduan Negara) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tanjung Piai, Johor | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 21 September 2019 | |
Didahului oleh | Wee Jeck Seng |
Digantikan oleh | Wee Jeck Seng |
Butiran peribadi | |
Lahir | 12 Oktober 1976 Serkat, Pontian, Johor |
Meninggal dunia | 21 September 2019 Hospital Pontian, Johor | (umur 42)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam, Wakaf Sheikh Haji Ahmad, Kampung Chokoh, Serkat, Pontian |
Parti politik | PH-BERSATU |
Pasangan | Datin Wira Farah Syazwani Hanis Ismail[1] |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Norma Mohamed[2] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor, Ahli anestesiologi |
Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid bin Md Rafik (12 Oktober 1976 – 21 September 2019) adalah mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia[3] dan juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Tanjung Piai.[4]
Beliau telah berkahwin dengan Datin Wira Farah Syazwani Hanis binti Ismail pada tahun 2009 lalu dikurniakan tiga orang anak perempuan.[5][6]
Beliau ialah bekas Naib Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, Johor.[7]
Beliau ialah bekas Ahli Parlimen bagi Tanjung Piai, Johor yang telah memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan penyandangnya, Wee Jeck Seng pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.
Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.
Tahun | Kerajaan | Undian | % | Pembangkang | Undian | % | Undian | Majoriti | % Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Md Farid Md Rafik (PH) | 21,255 | 47.29% | Wee Jeck Seng (BN) | 20,731 | 46.12% | 45,858 | 524 | 85.67% | ||
Nordin Othman (PAS) | 2,962 | 6.59% |
Beliau telah meninggal dunia pada jam 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung.[11]
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)