Muricinae | |
---|---|
Pandangan bagi bukaan cangkerang Poirieria zelandica, hujung haluan mengarah ke bawah halaman | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Mollusca |
Kelas: | Gastropoda |
Subkelas: | Caenogastropoda |
Order: | Neogastropoda |
Superkeluarga: | Muricoidea |
Keluarga: | Muricidae |
Subkeluarga: | Muricinae Rafinesque, 1815 |
Genus | |
Lihat teks |
Muricinae ialah subkeluarga taksonomi bagi siput laut pemangsa, moluska gastropod lautan dalam keluarga besar Muricidae, iaitu siput nunam atau siput batu.
Muricinae mewakili lebih kurang 780 nama sah bagi spesies terkini (400) dan fosil (378) (Merle et al. 2011). Subkeluarga ini terdiri daripada "nunam betul", dan banyak genus lain yang berkait rapat.
Pembahagian kecil Muricidae ke dalam subkeluarga ini sebahagian besarnya berdasarkan karya Bouchet & Rocroi (2005), yang menggabungkan butir molekul dan morfologi dalam menakrifkan Muricinae. Namun, berdasarkan dapatan terbaru, subkeluarga ini mungkin mewakili kumpulan yang polifiletik. Secara tradisi, Muricinae dibahagi kecil kepada lima kumpulan tidak rasmi, yang mengandungi 47 genus dan subgenus (Merle et al. 2011):
1. Kumpulan Muricinae (s.s.)
2. Kumpulan Pterynotus-Textilomurex
3. Kumpulan murisid dasar
4. Kumpulan Calotrophon-Attiliosa
Tempat subkeluarga bagi kumpulan terakhirnya patut dianggap sebagai sementara.
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Muricinae |