| ||
6 daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) 245 daripada 600 kerusi | ||
---|---|---|
| ||
Negeri pilihan raya tiada pilihan raya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2023 diadakan di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang berikutan tamat sesi penggal.
Pilihan raya negeri di Malaysia secara tradisinya diadakan bersama pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, negeri boleh secara bebas membubarkan perhimpunan mereka sendiri. Oleh itu, semasa pilihan raya umum sebelumnya pada 2022, hanya tiga negeri, Perlis, Perak dan Pahang yang membubarkan DUN mereka dan mengadakan pilihan raya negeri mereka secara serentak, manakala empat negeri lagi, Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal sebelum 2022 berikutan krisis politik yang sedang berlaku pada masa itu, dan hanya tinggal enam negeri lagi yang memilih untuk tidak membubarkan perhimpunan mereka pada masa pilihan raya umum.[1][2][3][4]
PRN ini ialah pilihan raya utama pertama yang ditandingi oleh "kerajaan perpaduan" antaran Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar Ibrahim dengan Barisan Nasional (BN). Semua parti komponen PH – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – bertanding, manakala bagi BN, hanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sahaja yang mengambil bahagian, dengan dua komponen lain, Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia tidak bertanding.[5] Seramai 137 orang calon bertanding untuk Pakatan Harapan, manakala 108 orang calon bertanding untuk Barisan Nasional[6].
Pembangkang peringkat nasional, Perikatan Nasional bertanding sebagai lawan utama PH-BN dalam PRN. Calon-calon Perikatan Nasional akan menggunakan lambang gabungan tersebut bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan; dan lambang Parti Islam Se-Malaysia bagi Terengganu dan Kelantan[7]. Seramai 168 orang calon memakai lambang Perikatan Nasional, manakala 77 orang memakai lambang PAS[6].
Satu lagi parti komponen kerajaan perpaduan, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), bertindak untuk bertanding secara terpisah dengan PH-BN atas dakwaan tidak diiktiraf oleh PH.[8] Sebaliknya, pada 15 Julai, MUDA menandatangani kerjasama bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).[9] MUDA telah menghantar 19 orang calon di 4 buah negeri, manakala PSM seramai 4 orang di Selangor[6].
Parti Hijau Malaysia[10] & Parti Pejuang Tanah Air[11] dijangka menyertai pilihan raya di Selangor. Walau bagaimanapun, kedua-dua parti tidak menghantar calon.
Parti Rakyat Malaysia telah menghantar 13 orang calon di Pulau Pinang (5 orang) dan Selangor (8 orang). Sebuah lagi parti, Parti Utama Rakyat menghantar seorang calonnya di Selangor[6].
Bilangan kerusi | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negeri | Jumlah | PH + BN | ± | PN | ± | MUDA + PSM | ± | Lain-lain | ± | Kerusi kosong | ± |
Keputusan pilihan raya lepas (mengikut negeri) | |||||||||||
Kedah | 36 | 16 | 20 | n/a | n/a | n/a | |||||
Kelantan | 45 | 8 | 37 | n/a | n/a | n/a | |||||
Terengganu | 32 | 10 | 22 | n/a | n/a | n/a | |||||
Penang | 40 | 37 | 3 | n/a | n/a | n/a | |||||
Selangor | 56 | 49 | 7 | n/a | n/a | n/a | |||||
Negeri Sembilan | 36 | 36 | 0 | n/a | n/a | n/a | |||||
Jumlah | 245 | 156 | 89 | n/a | n/a | n/a | |||||
Semasa pembubaran | |||||||||||
Kedah | 36 | 12 | ▼4 | 20 | ▬ | 0 | ▬ | 2 | ▲2 | 2 | ▲2 |
Kelantan | 45 | 7 | ▼1 | 37 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ | 1 | ▲1 |
Terengganu | 32 | 10 | ▬ | 22 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ |
Penang | 40 | 35 | ▼2 | 1 | ▼2 | 0 | ▬ | 0 | ▬ | 4 | ▲4 |
Selangor | 56 | 45 | ▼4 | 5 | ▼2 | 0 | ▬ | 3 + 2 | ▲5 | 1 | ▲1 |
Negeri Sembilan | 36 | 36 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ | 0 | ▬ |
Jumlah | 245 | 145 | ▼11 | 86 | ▼3 | 0 | ▬ | 7 | ▲7 | 8 | ▲8 |
Dewan Undangan Negeri | Mula penggal | Tamat penggal | Tarikh terakhir mungkin PRN | Tarikh pembubaran[n 1][12] | Tarikh pencalonan | Tarikh pengundian awal | Tarikh pengundian | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Selangor | 26 Jun 2018 | 26 Jun 2023 | 26 Ogos 2023 | 23 Jun 2023 | 29 Julai 2023 | 8 Ogos 2023 | 12 Ogos 2023 | [13] |
Kelantan | 28 Jun 2018 | 28 Jun 2023 | 28 Ogos 2023 | 22 Jun 2023 | [14] | |||
Terengganu | 1 Julai 2018 | 1 Julai 2023 | 1 September 2023 | 28 Jun 2023 | ||||
Negeri Sembilan | 2 Julai 2018 | 2 Julai 2023 | 2 September 2023 | 30 Jun 2023 | [15] | |||
Kedah | 4 Julai 2018 | 4 Julai 2023 | 4 September 2023 | 28 Jun 2023 | [16] | |||
Pulau Pinang | 2 Ogos 2018 | 2 Ogos 2023 | 2 Oktober 2023 | 28 Jun 2023 | [17] |
Rancangan pemilihan PRN pada sekitar pertengahan Ogos menjadi kebimbangan dalam warga mahasiswa oleh kerana percanggahan dengan sesi peperiksaan akhir di sebilangan universiti yang memberi cabaran logistik pelajar untuk mengundi.[18] Di Kelantan, pihak kerajaan negeri memberikan perkhidmatan angkutan bas percuma untuk menyelesaikan hal ini.[19] Sementara itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi memiliki pertimbangan untuk memberi tempoh cuti khas kepada institusi terjejas.[20]
Sebelum tempoh kempen, beberapa pemain utama PRN seperti Lim Guan Eng dan Abdul Hadi Awang disiasat atas ucapan-ucapan berunsur provokatif.[21][22] Pada 11 Julai, laporan polis dibuat oleh pihak DAP terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man dan pihak terkait disebabkan oleh dakwaan berita palsu terhadap Guang Eng.[23]
Pihak polis mengenal pasti kawasan-kawasan "titik panas" potensi keganasan politik di semua negeri terlibat, dan memiliki rancangan untuk mengerahkan pasukan tempatan serta induk.[24]