Source Music

Source Music
Nama asli쏘스뮤직
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriHiburan
Genre
Ditubuhkan17 November 2009
PengasasSo Sung-jin
Ibu pejabatYongsan Trade Center, Yongsan, Seoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanKorea Selatan
Perkhidmatan
  • Penerbitan muzik
  • Perlesenan
  • Pengurusan artis
Bilangan kakitangan21 (2019)[1]
Syarikat indukHybe Corporation (sejak 2019)
Tapak webLaman rasmi
Facebook: sourcemusickr Twitter: SOURCEMUSIC Instagram: sourcemusicofficial Youtube: sourcemusictv Discogs: 801762 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Source Music (Hangul쏘스뮤직; diromanisasi: ssoseumyujig) ialah sebuah syarikat hiburan Korea Selatan diasaskan pada tahun 2009 oleh So Sung-jin. Pada Julai 2019, agensi ini diambil oleh Hybe Corporation (sebelum ini dikenali Big Hit Entertainment), menjadikan syarikat sebagai sebahagian daripada istilah kolektif "Hybe Labels". [a] Pada masa ini, syarikat ini menguruskan kumpulan wanita Le Sserafim dan pernah menguruskan penyanyi solo Kan Mi-youn dan kumpulan wanita Glam dan GFriend.

2009–2014: Diasakan dan artis generasi pertama

[sunting | sunting sumber]
Glam pada bulan Januari 2014

Source Music diasaskan pada 17 November 2009 oleh So Sung-jin, yang bekerja di SM Entertainment sebagai pengurus bakat untuk pelbagai artis antara tahun 2000 dan 2002. Dia kemudiannya berpindah ke JYP Entertainment.[2]

Pada tahun 2010, artis pertama label ini, penyanyi solo wanita Kan Mi-youn (dahulunya Baby Vox) mengeluarkan single digital pertamanya bertajuk "Going Crazy".[3][4] Video muziknya menampilkan Lee Joon dan Mir dari MBLAQ.[5] Lagu itu memuncak pada #11 pada carta kebangsaan Korea Selatan Gaon.

Pada tahun 2012, Glam telah ditubuhkan sebagai kerjasama bersama antara Source Music dan Big Hit Entertainment dan dianggotai oleh Dahee, Trinity, Zinni, Miso dan Jiyeon. Selepas Trinity meninggalkan kumpulan, mereka meneruskan sebagai kumpulan empat orang ahli. Kumpulan itu aktif sehingga tahun 2014 dan secara rasmi dibubarkan pada Januari 2015, selepas Dahee dijatuhi hukuman penjara setahun atas kes peras ugut terhadap pelakon Lee Byung-hun.[6]

2015–2019

[sunting | sunting sumber]
GFriend di Anugerah Model Asia pada bulan Mei 2018

Pada tahun 2015, GFriend ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB, dan Umji.[7] Mereka membuat debut pada 15 Januari 2015 dengan album mini pertama mereka Season of Glass.[8]

2019–kini: Pemerolehan oleh Hybe Corporation

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2019, Hybe Corporation (sebelum ini dikenali Big Hit Entertainment) memperoleh Source Music, menjadikan syarikat itu sebagai anak syarikat di bawah Hybe Labels, Hybe Corp.'s subdivision of labels, dan akan mengekalkan gaya dan pengurusan yang ada.[9][10] Pada 22 Mac 2021, Source Music, serta label lain di bawah Hybe Labels, berpindah ke ibu pejabat baharunya di Pusat Dagangan Yongsan di Daerah Yongsan, ibu pejabat baharu syarikat induknya, Hybe Corporation.[11] Pada 31 Mac 2021, laman web rasmi Source Music menukar alamat fizikalnya kepada bangunan baharu di Yongsan, Seoul.[12]

Selepas tamatnya kontrak enam tahun mereka, semua ahli GFriend meninggalkan syarikat ini pada 22 Mei 2021, oleh itu menandakan pembubaran kumpulan itu.[13][14] Pada 14 Mac 2022, bekas ahli Iz*One Sakura Miyawaki dan Kim Chae-won menandatangani kontrak eksklusif dengan Source Music dan mengesahkan mereka debut dalam kumpulan baru.[15][16] Le Sserafim, terdiri daripada Sakura, Kim Chae-won, Huh Yun-jin, Kazuha, Kim Ga-ram dan Hong Eun-chae, memulakan debut pada 2 Mei dengan album mini Fearless.[17]

Pada 13 April 2022, syarikat ini didenda 3 juta won oleh Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Korea dan perintah pembetulan kerana mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga dan gagal melindungi maklumat peribadi.[18][19] ​Source Music menggunakan soal selidik Google untuk membayar balik yuran keahlian yang berkaitan dengan pembubaran kumpulan GFriend dan maklumat peribadi 22 peserta tinjauan telah terjejas akibat pendedahan hasil tinjauan yang tidak wajar.[20]

Pada 24 September 2024, Source Music mengumumkan bahawa ahli GFriend akan bersatu semula pada tahun 2025 untuk projek ulang tahun kesepuluh. [21]

Bekas artis

[sunting | sunting sumber]
  • 8Eight (2009–2014, dikendalikan bersama oleh Big Hit Music)
  • Glam (2012–2015, dikendalikan bersama oleh Big Hit Music)[22]
  • Eden Beatz (2012–2015)
  • MI.O (2014–2018)
  • Kan Mi-youn (2009–2014)
  • GFriend (2015–2021)[23]
  1. ^ Syarikat hiburan, syarikat produksi muzik atau label yang dimiliki sebahagiannya oleh Hybe Corporation atau sebahagian besarnya masih beroperasi secara bebas.
  1. ^ "㈜쏘스뮤직". www.jobkorea.co.kr/. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2019. Dicapai pada March 15, 2019.
  2. ^ 조선일보 (2020-07-17). "[종합] BTS 빅히트, 여자친구 소속사 인수…가요계 빅3 서열 바뀔까". 조선일보 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-08-11.
  3. ^ "이 간미연이 그 간미연? 환골탈태 '미쳐가'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-17. Dicapai pada 2019-06-16.
  4. ^ "'컴백' 간미연, 엠블렉 미르와 섹시 퍼포먼스". 네이트뉴스. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2019. Dicapai pada June 16, 2019.
  5. ^ "[news] Kan Mi Yeon's crazy music video hits 200,000 views in 1 day". Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2019. Dicapai pada June 16, 2019.
  6. ^ "Lee Byung-hun repeats apology upon returning home". kpopherald.koreaherald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2015. Dicapai pada November 15, 2015.
  7. ^ "New Rookie Group GFriend Makes Debut with ′Glass Bead′ MV". Mwave. January 15, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada January 5, 2017. Dicapai pada January 15, 2015.
  8. ^ "실검보고서, 여자친구, 상큼한 걸그룹 데뷔". Hankyung. January 15, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada January 18, 2015. Dicapai pada January 15, 2015.
  9. ^ "빅히트 측 "쏘스뮤직 인수 계약→자회사 편입, 독립성 유지"(공식)". Newsen. July 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2019. Dicapai pada July 28, 2019.
  10. ^ "빅히트엔터테인먼트, 쏘스뮤직 인수..멀티 레이블 구조 강화 [공식입장]". Naver. July 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2019. Dicapai pada July 28, 2019.
  11. ^ Jeong, Hee-yeon (March 22, 2021). 빅히트 사옥 이전, 용산으로 [공식] [Big Hit office relocated to Yongsan [Official]]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2021. Dicapai pada March 28, 2021.
  12. ^ "Source Music: footer information section". Pledis Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2021. Dicapai pada March 31, 2021.
  13. ^ Jeong, Hee-yeon (May 18, 2021). "여자친구 계약종료…각자 길 간다 [공식입장]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2021. Dicapai pada May 18, 2021.
  14. ^ "K-pop act GFriend bids farewell to fans after 6 years". The Korea Herald. May 20, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2021. Dicapai pada May 22, 2021.
  15. ^ Yoon Sang-geun (March 14, 2022). "미야와키 사쿠라·김채원 하이브 합류 "쏘스뮤직 걸그룹 데뷔"[전문]" [Miyawaki Sakura and Kim Chae-won join Hive "Source Music girl group debut" [Full text]] (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada March 14, 2022 – melalui Naver.
  16. ^ Lee Jae-eun (March 21, 2022). "쏘스뮤직 측 "김채원·사쿠라 그룹, 5월 데뷔 목표로 준비중"[공식]" [Source Music side "Kim Chae-won and Sakura group are preparing to debut in May" [Official]] (dalam bahasa Korea). Sports Khan. Dicapai pada March 21, 2022 – melalui Naver.
  17. ^ Baek Yoon-gi (April 13, 2022). "'하이브 첫 걸그룹' 르세라핌, 5월 2일 데뷔 [공식]" ['Hive's first girl group' Le Seraphim to debut on May 2nd [Official]] (dalam bahasa Korea). Edaily. Dicapai pada April 13, 2022 – melalui Naver.
  18. ^ "개인정보보호위원회". pipc.go.kr. Dicapai pada 2022-04-13.
  19. ^ "쏘스뮤직과 번개장터 등 개인정보보호 법규 위반 6개 사업자 제재". 보안뉴스 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-04-13.
  20. ^ "쏘스뮤직, 번개장터 등 개인정보 보호 위반 사업자에 과태료 4500만 원 부과". CCTV뉴스 (dalam bahasa Korea). 2022-04-13. Dicapai pada 2022-04-13.
  21. ^ Lee, Seung-gil (September 24, 2024). "[공식] 여자친구, 4년만에 재결합 한다...쏘스뮤직 "데뷔 10주년 기념 프로젝트" (전문)" [[Official] GFriend reunites after 4 years... Source Music "10th Anniversary Debut Project" (Full Text)] (dalam bahasa Korea). MyDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2024. Dicapai pada September 24, 2024 – melalui Naver.
  22. ^ Kang, Seo-jung (January 1, 2015). "빅히트 측 "글램 해체맞다..멤버들이 계약해지 요청"". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2021. Dicapai pada May 19, 2021.
  23. ^ Seon, Mikyung (May 22, 2021). "여자친구, 오늘(22일) 공식 해체..6년 활동 아름다운 마무리[종합]". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2021. Dicapai pada May 22, 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]