Sergio Bassi | |
---|---|
Kelahiran | 1951 |
Berasal dari | Codogno, Lombardy, Itali |
Meninggal dunia | 16 Mac 2020 Crema, Lombardy, Itali |
Genre | folk rock |
Pekerjaan | penyanyi dan penulis lagu |
Instrumen | gitar |
Tahun aktif | 1982–2020 |
Laman sesawang | www |
Sergio Bassi (1951-16 Mac 2020) adalah penyanyi lagu-lagu rakyat Itali.
Sergio dibesarkan oleh datuk neneknya di sebuah dusun kecil di Codogno, Lombardy. Selepas dewasa, dia berpindah ke Legnano, kemudian ke Piacenza, kemudian tinggal di San Francesco al Campo selama tujuh tahun. Kemudian, dia kembali ke kampung halamannya.
Semasa Pandemik COVID-19 di Itali, dia menghidap SARS-CoV-2. Pada 16 Mac, dia meninggal dunia akibat jangkitan di Crema . [1]