Gui | |
---|---|
![]() Galbi, sejenis gui | |
Nama Korea | |
Hangul | 구이 |
Hanja | [tiada ] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help) |
Perumian Semakan | gui |
McCune–Reischauer | kui |
![]() |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Gui atau guee (sebutan bahasa Korea: [kuː.i]) suatu istilah umum yang merujuk kepada hidangan panggang dalam masakan Korea.[1] Ia yang sering mempunyai daging atau ikan sebagai bahan utama, tetapi mungkin dalam beberapa kes juga ada sayur-sayuran atau bahan-bahan vegetarian lain yang dipanggang. Istilah ini berasal daripada kata kerja gupda (굽다), yang bermaksud "panggang".[2][3] Di restoran tradisional, daging dimasak di tengah-tengah meja di atas panggangan arang, dikelilingi oleh pelbagai banchan dan mangkuk nasi individu. Daging dimasak kemudian dipotong menjadi kepingan kecil dan dibalut dengan daun salad segar, dengan nasi, bawang putih dihiris nipis, ssamjang (campuran gochujang dan dwenjang), dan perasa lain. Akhiran gui sering digugurkan dalam nama-nama gui berasaskan daging seperti galbi, nama yang berasal daripada galbi gui.
Hidangan panggang berasaskan daging secara kolektif dipanggil gogi gui (고기구이).
Gui dibuat dengan usu babi atau lembu secara kolektif dipanggil naejang gui (내장구이) atau yang gui (양구이).
Gui dibuat dengan ikan dipanggil saengseon gui (생선구이)[10] yang bermaksud "ikan bakar", manakala kerangan panggang dipanggil seokhwa gui (석화구이) atau jogae gui (조개구이)
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gui |