Samgyetang | |
---|---|
Jenis | Guk |
Tempat asal | Korea |
Bahan utama | Ayam, ginseng Korea |
sunting · sunting di Wikidata |
Samgyetang | |
---|---|
Hangul | 삼계탕 / 계삼탕 |
Hanja | 蔘鷄湯 / 鷄蔘湯 |
Perumian Semakan | samgyetang / gyesamtang |
McCune–Reischauer | samgyet'ang / kyesamt'ang |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Samgyetang (sebutan bahasa Korea: [sʰamɡjetʰaŋ]) yang bermaksud ginseng (kor. insam) - ayam (kor. gye) - sup (kor. tang). Ia mengandgungi seekor ayam secara seluruh tanpa dipotong - diisi dengan bawang putih dan nasi -, daun bawang dan rempah, antaranya jujube dan ginseng Korea .[1]
Samgyetang ialah sup panas untuk hari-hari panas semasa musim panas. Ia sangat popular pada hari-hari sambok (삼복), iaitu tiga hari dalam kalendar lunar — Chobok (초복), Jungbok (중복), dan Malbok (말복) - yang merupakan hari yang paling panas dan paling berlengas di Korea.[1][2] Turut menjadi kepercayaan orang Korea untuk memakan sup ini tiga kali sepanjang tempoh tersebut untuk kesihatan yang baik.
Terdapat restoran khusus di Korea Selatan yang menghidangkan samgyetang semata-mata, mendapat populariti tempatan melalui resepi istimewa mereka, yang sering dijadkan rahsia. Makanan ini lazimnya disertakan hidangan sampingan dan, di sesetengah restoran, sebotol kecil insamju (wain ginseng).[3][4]
Dalam Kantonis, ia diterjemahkan sebagai yun sum gai tong. Dalam budaya Cina, seperti juga budaya Korea, sup ini dipercayai dapat mengelakkan penyakit. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua budaya ialah dalam budaya Cina, ginseng bukan dimakan oleh orang yang sakit kerana dipercayai ginseng akan menyekat penyakit itu dalam badan seseorang.[5]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Samgyetang. |
|day=
, |month=
, dan |deadurl=
(bantuan)