Abdul Hamid Mohamad | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-5 | |
Dalam jawatan 2 November 2007 – 18 Oktober 2008 | |
Didahului oleh | Ahmad Fairuz Abdul Halim |
Digantikan oleh | Zaki Azmi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdul Hamid bin Mohamad 18 April 1942 Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang |
Pasangan | Toh Puan Hamidah Choong Abdullah |
Anak-anak | 4 |
Alma mater | Universiti Singapura |
Profesion | Peguam |
Tun Dato' Seri Utama Abdul Hamid bin Mohamad (lahir 18 April 1942) merupakan mantan Ketua Hakim Negara Malaysia ke 12.
Abdul Hamid dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan pendidikan menengah di St. Xavier‘s Institution.
Abdul Hamid memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.
Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian. Beliau menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003. Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007, menggantikan Tan Sri Abdul Malek Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Jun 2007. Beliau yang gemar memancing pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Memancing Malaysia. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan mempunyai empat anak.
Berusia 65 tahun pada waktu pelantikan, Abdul Hamid mempunyai masa yang singkat untuk berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kerana mengikut perlembagaan, umur persaraan hakim ialah 66 tahun tetapi perkhidmatannya telah disambung selama enam bulan lagi atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[1]
Didahului oleh Ahmad Fairuz Abdul Halim |
Ketua Hakim Negara Malaysia 2007–2008 |
Diikuti oleh: Zaki Azmi |