Homopus | |
---|---|
Homopus areolatus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Homopus |
Spesies | |
Lima spesies |
Homopus ialah genus kura-kura kecil dalam keluarga Testudinidae, yang berasal dari Selatan Afrika.
Ia juga dikenali sebagai padlopers di Eropah dan Afrika (asalnya bermaksud "path-walkers"), kerana haiwan ini akan meninggalkan kesan seperti denai selepas meragut tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.[2][3] Di Amerika Syarikat, mereka dikenali sebagai Cape tortoises, kerana tiga daripada spesies ini mendiami sekitar Cape of Good Hope.[1][4]
Genus ini berasal dari Selatan Afrika, dengan tiga spesies daripadanya hanya wujud di Afrika Selatan, Berger's Cape Tortoise hanya dijumpai di Namibia, dan Speckled tortoise pula berkemungkinan wujud di sempadan kedua-dua negara tersebut.
Genus ini mengandungi spesies berikut:
Homopus diancam kepupusan akibat pemusnahan habitat mereka,[4] pembinaan jalan raya dan pemburuan haram.[6] Selain itu, kewujudan anjing dan khinzir juga mengancam populasi mereka.[perlu rujukan]
H. areolatus dan H. signatus mudah beradaptasi jika dibela, kerana diet mereka yang tidak cerewet.[3] Manakala spesies yang lain pula memerlukan makanan dari habitat asal mereka seperti yang terdapat di wilayah Cape/Karoo.[3] Kebanyakan yang ditangkap dari habitat liar mati disebabkan perubahan diet dan pemakanan.[3] Malah faktor lain seperti kurang perhatian, suhu yang tidak sesuai juga meningkatkan lagi risiko kematian[3]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Homopus |