Lagu Negeri Sarawak | |
Lirik | Dato' Haji Wan Othman Ismail Hassan |
---|---|
Muzik | Dato' Haji Wan Othman |
Diguna pakai | 1988 |
Sampel audio | |
"Ibu Pertiwiku" (instrumental) |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Ibu Pertiwiku[1] (bahasa Inggeris: My Motherland ) ialah lagu negeri Sarawak sejak 1988 di samping penerimaan Bendera negeri sempena ulang tahun ke-25 kemasukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Lagu ini digubah muziknya oleh Dato' Haji Wan Othman mengiringi lirik dikarang Ismail Hassan.[2][3]
Nama | Tarikh | Nota |
---|---|---|
Gone Forth Beyond the Sea | 1872–1946 | Lagu Raj Sarawak. |
Fair Land Sarawak | 1946–1973 | Lagu Kebangsaan Koloni Mahkota Sarawak dan Lagu Kebangsaan Sarawak Pertama. |
Sarawak Bahagia | 1973–1988 | Lagu Kebangsaan Sarawak Kedua. |
Ibu Pertiwiku | 1988–kini | Lagu Negeri Sarawak Semasa. |
Sarawak telah menerima pakai 3 lagu sebelum ini: Gone Forth Beyond the Sea (Nasional), Fair Land Sarawak (Kolonial dan Negeri) dan Sarawak Bahagia (Negeri).
"Gone Forth Beyond the Sea" ialah Lagu Kebangsaan daripada Raj Sarawak. Ia dikarang pada tahun 1872 oleh Margaret of Sarawak, sebagai penghormatan kepada Charles of Sarawak, dan digunakan sehingga Raj diserahkan kepada United Kingdom pada tahun 1946 dan menjadi koloni mahkota.[4]
Gone forth beyond the sea
To clime... as yet unknown,
Where calls are made for thee,
To bear the sword and crown.
Advance, God speed, to save,
Creatures in jungles deep,
God's hand shall help the brave,
Tho'man's may rest in sleep,
Let Justice signalise,
And ev'..ry voice resound,
Who by the Eastern crown'd.
Tho'past and gone in light,
Thy name is still renownd,
And as a chief in might,
Thy deeds are ever crown'd,
Let echoing vales redound,
By mountain, crag and nook,
Sing loud with joyous sound,
God Bless the Rajah Brooke.
"Fair Land Sarawak" ialah lagu kebangsaan Sarawak sebagai Koloni Mahkota British dari 1946 hingga 1963 dan lagu Sarawak sebagai sebuah negeri Malaysia dari 1963 hingga 1973. Lirik lagu itu disediakan oleh F.C. Ogden, manakala lagu lagu yang disediakan oleh George R.K. Freeth, adalah sama dengan lagu kebangsaan Raj Sarawak – "Gone Forth Beyond the Sea".
"Sarawak Bahagia" (Happy Sarawak) ialah lagu negeri Sarawak dari 1973 hingga 1988. Ia merupakan lagu pertama di negeri ini yang dibawakan dalam bahasa Melayu.[5]
Versi Asal (dalam Bahasa Melayu) | Terjemahan ke Bahasa Inggeris |
---|---|
Sarawak negeriku berdaulat merdeka
Rakyatnya hidup teguh bersatu padu Semua berazam terus berkhidmat pada negara Sentiasa maju pertiwi Bahagialah tanah airku Sarawak negeri yang ku cinta ku puja Untukmu ku rela korban jiwa raga Abadikan Sarawak ya Tuhan dalam Malaysia |
Sarawak, my land, sovereign and free
Where the people live united All of them are dedicated to serve the country Always progress my Motherland Be happy my homeland Sarawak, the land I love and adore To you will I give my life May God keep Sarawak in Malaysia |
Ibu Pertiwiku[1] | ||
---|---|---|
Bahasa Melayu [6][7] (versi asal) | Tulisan Jawi | Bahasa Inggeris |
Sarawak tanah airku, [6][7] |
سراوق تانه ايركو |
Sarawak, my homeland |
Lagu negeri, wilayah dan wilayah persekutuan di Malaysia |
|
---|---|
Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu |
Timur Malaysia (Malaysia Borneo) | Sabah · Sarawak |
Wilayah Persekutuan | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur · Wilayah Persekutuan Labuan · Wilayah Persekutuan Putrajaya |
lihat juga: Malaysia |