Allah Lanjutkan Usia Sultan

Allah Lanjutkan Usia Sultan
Jata Negeri Perak.

Lagu Kebangsaan Negeri Perak Negeri Perak
LirikSultan Abdullah Muhammad Shah II
MuzikPierre Jean de Berangr
Diguna pakai1888
Sampel audio
Versi instrumental pancaragam

Allah Lanjutkan Usia Sultan ialah lagu rasmi Perak, sebuah negeri Malaysia. Lagu itu berdasarkan irama lagu "La Rosalie" yang digubah oleh Pierre Jean de Beranger, lagu tersebut diketahui Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang dihukum buang negeri di Seychelles pada ketika itu.

Pada tahun 1957, lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku" telah ditetapkan pada melodi "Allah Lanjutkan Usia Sultan".

Lagu Kebesaran Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (Marhum Rahmatullah - 1887-1916), semasa Baginda berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan di Raja di London, sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta dari Almarhum Raja Mansor, Juruiring Baginda, nota Lagu Kebesaran Negeri Perak untuk dimainkan semasa Baginda berangkat masuk ke dalam Majlis-majlis Rasmi yang diadakan di Istana Permaisuri kelak.

Pada masa itu Negeri Perak tiada mempunyai Lagu Kebesaran. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan, di atas kebijaksanaan dan dayausaha Almarhum Raja Mansor, telah menyatakan bahawa beliau terlupa membawanya dan sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, Almarhum boleh membunyikannya secara bersiul dan semenjak itulah juga lagu yang menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak, yang dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya di kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888.

Lagu Kebesaran Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Ketika itu, Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam tempoh dibuang Negeri.

Selepas dimainkan pada hari kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888, Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah telah memperkenalkan lagu tersebut yang kemudiannya diperkenankan sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak sekitar 1888. Baginda telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Negaraku.

Lagu ini kemudiannya diambil sebagai lagu Terang Bulan sekitar 1920-an dan dipentaskan oleh kumpulan bangsawan di Singapura. Ia kemudiannya diambil sebagai irama lagu Mamula Moon, yang dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dan kumpulan Hawaiian Serenaders.

Not Lagu Negeri Perak

Versi Terkini

[sunting | sunting sumber]
Allah Lanjutkan Usia Sultan [1]
Bahasa Melayu [2][3] Tulisan Jawi

Dilanjutkan Allah usianya Sultan [2][3]

Adil dan murah memerintah watan [2][3]

Ditaati rakyat kiri dan kanan [2][3]

Iman yang soleh Allah kurniakan [2][3]

Allah berkati Perak Ridzuan [2][3]

Allah selamatkan Negeri dan Sultan. [2][3]

دلنجوتکن ﷲ اوسياڽ سلطان
عاديل دان موره ممرينته وطن
دطاعتي رعيت کيري دان کانن
ايمان يڠ صالح ﷲ کورنياکن
ﷲ برکتي ڤيراق رضوان
ﷲ سلامتکن نݢري دان سلطان.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Perak - Allah Lanjutkan Usia Sultan". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g Oh Lirik. "Lagu Negeri Perak - Allah Lanjutkan Usia Sultan". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]